BREAKING NEWS

Dengan tukang gunting pompuan pun dorang boleh stim... Ishh.. ishhh...

Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun Kelantan.

Pendirian ini dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang-orang bukan Islam," kata Hadi dalam satu kenyataan.

Katanya, Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam tentang pertikaian isu ini di Kelantan.

"Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," katanya.

Kata Hadi, Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Hadi juga berkata, Pas percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya.


p/s: Dahsyat jugak ye puak-puak Pas ni kann.. Pompuan gunting rambut pun dorang boleh stim yee.. Hahahaha..

3 ulasan :

  1. tak tau le kalau2 kat Kelantan tu ada plak servis gunting@dandan rambut + urut kepala ala urut2 batin yg gitu2 gamak nye...hehehehe....

    BalasPadam
  2. Saya tak faham dalam bab ni. Kenapa TGHA yg keluar statement, bukan MB Kelantan, TGNA,bukan ker perkara ini berlaku di Kelantan atas kuasa kerajaan Negeri?

    BalasPadam
  3. yg bercakap tak tau dari yg kena fitnah lebih tau.mendengar sebelah pihak ibarat yg komen pon bodo jgk...pas utamakan ugama tp diputar belitkan umno yg pentingkan kuasa dan nafsu..mana yg lebih baik atau yg tau agama diperkotak katikkan oleh yg tidak tahu atau yg tahu sedikit nak tunjuk yg dia lebih tau dari mereka yg lebih berilmu.so pendek kata kalau tak tau hujung pangkal tak payah nak sebelahkan sesiapa sebelum keluarkan apa2 kenyataan.nanti tak pasal2 dosa tertanggung tanpa disedari.kita sedia mklum media dan surat khabar lebih menyebelahi siapa? so kalau kita ibarat katak bawah tempurung.tak payah nak kata kat sesiapa diam dan perhatikan adalah lebih baik.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online