BREAKING NEWS

Nik Aziz masuk ICU.. Tuhan tolonglah panjangkan umur Pok Nik...

Gua terbaca dalam satu blog pemuja Pas, bahawa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi semalam akibat diserang sakit jantung.

Katanya.., menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.

Antara yang melawat Nik Aziz di hospital ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Walauapapun, gua berdoa supaya Tuhan panjangkan umur Pok Nik sekurang-kurangnya sampai ke PRU13 nanti...

Bukan apa beb.., Pok Nik tu gua dah anggap sebagai sumber idea dan juga idola bagi gua dalam dunia blog ni..

Kalau Pok Nik dah tak ada nanti, sapa nak bagi gua sumber inspirasi??

So.., jom lah kita sama-sama berdoa supaya wali Pas tu sembuh cepat ye.. Hambarlah dunia politik Malaysia tanpa Pok Nik beb.. huhuhu...

10 ulasan :

  1. Semuga umur Nik Aziz d panjangkan. Tanpa Nik Aziz, PAS kurang giler...

    BalasPadam
  2. Satu tanda doa BN KO sudah berbalek kepada Nicky!!!

    BalasPadam
  3. Pok Nik masuk ICU sbb dengar doa pembukaan Persidangan Umno kot. Apa pun kita sebagai org harus mendoakan yg baik untuk sesama umat. Semoga Pok Nik cepat sembuh dan sempat bertaubat.

    BalasPadam
  4. doaku semuga Allah sembuhkan.Ajal maut di tangan Allah.

    BalasPadam
  5. Bila Izrael datang memanggil,
    jasad terkujur di pembaringan !!

    BalasPadam
  6. :-) x perlu kate ape..

    BalasPadam
  7. Saya doakan panjang umornya supaya dapat bertaubat. Apapun ana mohon maaf dari pok nik. Kadang2 kata2 ana kesat tapi tujuan ana mengingatkan supaya kembali kepangkal jalan dan jangan menyesatkan dan memecah belahkan umat Islam di malaysia ini.

    BalasPadam
  8. Ahli UMNO doakan Tuan Guru Nik Aziz cepat sembuh..Mudah2an Islam akan dapat diperkasakan lagi dgn silaturrahim dan ukhuwah sesama kita...sama2 lah kita muhasabah diri selepas ini dan menjunjung Iman yg jitu sambil berganding bahu..buang yg keruh ambil yang jernih.

    BalasPadam
  9. Nampaknya Allah pulangkan balik apa yang didoakannya untuk ahli-ahli UMNO ...mungkin Allah swt makbulkan doa Najib dan parti Barisan Nasional.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online