BREAKING NEWS

Gambar Lionel Messi sokong Palestin adalah PALSU!!


Sebelum ni, pemain bola sepak kelab Barcelona, Lionel Messi dilaporkan bersama-sama penduduk dunia memberi sokongan moral terhadap penduduk Palestin di Gaza yang menerima serangan dari zionis Israel.

Laporan tersebut disertakan dengan sekeping gambar Messi yang sedang memegang baju t-shirt yang tertera “FREE PALESTINE”..

Ia kononnya menunjukkan pemain Barca itu turut memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin.

Namun satu akaun laman sosial dari luar negara yang banyak melaporkan berita dari Gaza telah pun menghebahkan perkara sebenar tentang gambar yang disebar itu.

Menurut laman berkenaan, gambar yang banyak disiarkan oleh penulis-penulis blog dan didalam Facebook itu sebenarnya adalah gambar palsu.

“Sila berhenti menyiar gambar Messi dengan t-shirt pro Palestin.., ia adalah palsu,” tulis pemilik laman sosial berkenaan sambil menyiarkan gambar asal Messi yang memegang t-shirt yang bukan tertera “FREE PALESTINE” seperti yang dihebohkan didalam media siber.

2 ulasan :

  1. bodoh...agung2 kan sangat pemain bola..sekali kena rembat terus ke muka peminat bola hahaha

    BalasPadam
  2. lol messi lol... ahahakz

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online