BREAKING NEWS

Gadis Kelantan berjubah ditangkap KHALWAT di Hotel murah..


Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menemani saudaranya memadu kasih dengan teman lelaki di sebuah bilik hotel murah di Jalan Jedok, di sini membawa padah apabila dia turut ditahan sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Tanah Merah.

Dalam serbuan jam 4.15 pagi itu, pelajar ditahan lengkap berpakaian jubah dan bertudung itu melutut dan merayu kepada anggota penguat kuasa supaya tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada keluarganya.

Difahamkan, pelajar yang tinggal di Tumpat itu mengikuti saudaranya dan teman lelakinya, masing-masing berusia 22 tahun dari Pasir Mas ke Tanah Merah, sebelum menyewa bilik di sebuah hotel murah.

Sumber berkata, serbuan dilakukan tiga anggota Skuad Amru selepas mendapat maklumat daripada orang ramai jam 4 pagi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya terpaksa mengetuk pintu bilik hampir 10 minit sebelum seorang lelaki berusia 22 tahun membuka pintu.

“Lelaki terbabit yang ketika itu memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan menggigil ketakutan.

“Pemeriksaan di dalam bilik yang disewa RM40 semalam itu mendapati ada dua wanita bersama lelaki terbabit. Seorang berusia 13 tahun ditemui lengkap berpakaian jubah dan bertudung rnanakala seorang lagi berusia 22 tahun, memakai baju-T dan berseluar pendek,” katanya.

Siasatan awal mendapati pelajar 13 tahun itu belajar di sebuah sekolah menengah di Tumpat manakala wanita berusia 22 tahun mendakwa sudah berumah tangga, tetapi dalam proses perceraian dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

“Siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu dibawa saudaranya bagi mengaburi pihak berkuasa jika bilik hotel mereka diserbu. Semua yang ditahan dibawa ke pejabat Jaheaik Tanah Merah untuk disiasat. Pelajar terbabit dibebaskan selepas diambil keterangan,” katanya.

Sementara itu, pegawai Jaheaik Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.

“Pasangan berusia 22 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 9 (3) (4) Kanun Ienayah Syariah Kelantan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1 ,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya.


p/s: Kalau tanya Pok Nik.., dia akan kata ni semua salah Umno... Puiii!!!

5 ulasan :

  1. pork n.ajis dah amponkan dose pompuan tu sebab maksiat ni belaku kat kelantan serambi mekah.

    BalasPadam
  2. tak pa selagi dlm pas syurga menanti.pok ni ajis jus boleh ampun.ni kt kelantan.klu kt kl tino kelantan nie bohsia.leh cai nye....nate berok....

    BalasPadam
  3. pastu dtg kl buat menyemak je bohsia ni....

    BalasPadam
  4. Orang beragama korang kutuk, orang yang sering rasuah korang agung-agungkan. Nampak dah kat situ haluan korang kat PADANG MAHSYAR nanti . Sekian

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online