BREAKING NEWS

Fatwa TERBARU Ostazah Ebbi... Malaysia bukan negara Islam!!


Pergghhh!!! Ostazah Ebbi kembali dengan 'fatwa' terbarunya berkenaan politik Malaysia.. Yang paling terkini.., Ebbi sekarang dah senada dengan benggali OKU Karpal Singh lah pulak..

Ebbi dalam satu kenyataan melalui laman Twitter menegaskan bahawa Malaysia BUKAN negara Islam.. Fuhhh!! Hebat sungguh Ostazah Ebbi ni yee..

Dan Ebbi tak iktiraf Malaysia sebagai Negara Islam pasal kononnya Malaysia tak ikut Perlembagaan Al Quran..

Errrr..., kalau Malaysia ni bukan negara Islam, Malaysia ni negara apa? Boleh Ebbi tolong jawab tak? Serius gua nak tahu pasal ni...

Lagi bagus kalau Ebbi jelaskan sekali pasal Perlembagaan AlQuran yang dia kata dalam Twitter dia tu.. Gua yakin mesti ramai yang nak tau jugak pasal tu..

Kat bawah ni ada sikit penjelasan mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam.. Gua dapat dari JAKIM.. Renung-renungkan lah yee...


DEFINISI NEGARA ISLAM

Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;

i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:

“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.

ii. Muhammad Abu Zuhrah:

“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.


Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.

Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.


ASAS-ASAS NEGARA ISLAM

Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;

· Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.

· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.

· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.


MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;

· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.

· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.

· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.

· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.

· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.

· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.

· Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.


MALAYSIA NEGARA SEKULAR ?

Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal daripada perkataan Latin seaculum yang bermakna ‘alam ini’ atau ‘dunia ini’. Gerakan fahaman sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat.

Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut;

· Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini.

· Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati.

· Agama dan dunia terpisah secara total.

Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian adalah sebahagian suruhan Islam.

Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut, keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah.

Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan, sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan kekurangan jika ada.


USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA

Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut;

· Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat.

· Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan.

· Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang ialah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

· Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini, Islam mengharuskan melantik orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.

· Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.

· Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

· Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya.

· Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur.

· Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem.

· Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara.

· Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang.

· Membanteras jenayah dan sebagainya.


KEWAJIPAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH

Oleh kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan setiap rakyat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara lainnya ialah seperti berikut;

· Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga.

· Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

· Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.

· Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

· Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara.

15 ulasan :

  1. perghhh terbaik ulasan yg bernas...!tahniah & tq

    BalasPadam
  2. http://m.youtube.com/#/watch?feature=player_embedded&v=c2rade458ZM&desktop_uri=%2Fwatch%3Ffeature%3Dplayer_embedded%26v%3Dc2rade458ZM&gl=GB
    Elok juga ambil pandangan mufti mesir tentang hudud dan negara islam

    BalasPadam
  3. kalau PR menang pun, Malaysia takkan jd negara Islam...negara kononnya kebajikan jer...hahaha..rosak ustazah segera Abby ni

    BalasPadam
  4. cakap lebioh lah ebi, APA PESAL POK NIK TAK LETAK ALQURAN DI TEMPAT TERATAS DI KELANTAN TAPI PATUNG BUDHA

    BalasPadam
  5. bn takyah langkah myt ks.he heh tp klu versi pas suma bengkeng kmalamgengkolnuarizzah malah solek pown bengang sama.pas ni kufur nikmat dlm kampong menang sorak je..degar2 ekor bertaik ..lagi? mcm mat janin.,oo luncai..yah depatu pak pandir ..ada lagi? oooo yg kempunan telor termakol di ngap bt blh bt bertangkup. mcm2 lagenda bangang terlumur di tubuh bdn pas dan melayu celup pkr.

    BalasPadam
  6. wa pohon copy bro..ni mmg terbaik lu punye artikel..

    BalasPadam
  7. itulah akibatnyer kalo dh jadi ostazah segera...
    kalo nk buat isu kenala rujuk dari sumber Al-Quran dan Hadis Nabi.

    Jgn dok hentam keromo ajer.
    skrg dh nmpk sgt akhir zaman dimana org byk mengaku alim ulamak tetapi sebenarnya mereka bukan alim ulamak.....

    BalasPadam
  8. Kata Hadi Negara Islam tiada dalam Al Quran, yang ada hanyalah negara berkebajikan.

    Ya berkebajikan untuk golongan murtad, pengamal seks bebas LGBT dan perusuh jalanan.

    BalasPadam
  9. Artikel/Perkara 11

    Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

    BalasPadam
  10. Sedap mulut minah ni bercakap.. Apa yg dia tau pasal perlembagaan? Setiap kata-kata dia langsung tidak berhikmah.. Adakah dia meletakkan Islam dan alQuran tempat teratas? Ayat pertama Allah turunkan.. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Yang menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah dan Tuhanmu Maha Mulia - al 'Alaq..

    Jadi bacalah dulu sebelum mengeluarkan kenyataan.. Jangan jadi manusia yang memalukan agama kerana kebodohan diri sendiri..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online