BREAKING NEWS

Bekas Pengarah JAIS baru terjumpa Islam dalam Pas..

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Nahrawi Hashim, 63, menyatakan keputusannya menyertai PAS kerana parti itu memperjuangkan agama Islam dan masih kekal dilandasannya.

Nahrawi berkata demikian ketika mengulas mengenai penyertaannya ke dalam PAS ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV minggu lalu.

Katanya, beliau dibesarkan dengan ilmu agama sejak dari kecil dan menyimpan hasrat untuk menyertai PAS sekian lama dan hanya berbuat demikian selepas menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan.

“Jawapan saya mudah, saya dibesarkan dengan agama dan saya melihat PAS adalah parti yang memperjuangkan agama Islam,” katanya ketika ditemui di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Sementara itu, Nahrawi berkata, beliau hanya ingin menjadi ahli biasa dan berhasrat untuk menyumbang sesuatu yang bermanfaat daripada belakang namun tidak menolak sekiranya diberikan jawatan dalam PAS.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menyatakan PAS masih relevan dan penyertaan Nahrawi membuktikan parti itu tidak tersasar daripada matlamat asal perjuangannya.

“Di dalam PAS Selangor, saya mengalu-alukan kemasukan beliau sebagai ahli dan mengharapkan beliau dapat membantu khususnya di kawasan Shah Alam,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Sebelum ini, Nahrawi pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pernah juga berkhidmat di Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan sebelum bersara daripada jawatannya pada tahun 2009.


p/s: Kalau hanya Pas yang perjuangkan Islam, selama ni dia duduk dalam kerajaan buat apa? Hipokrit betul!!!

13 ulasan :

  1. apa yang relevannya kalsam oi... dah memang dia dari dulu teringin nak sesat ngan PAS.. dah pencen teruslah dia join.. bukan benda baru... negeri paling banyak ajaran sesat pun selangor

    BalasPadam
  2. Salam Bro,agaknya permohonan untuk sambung kontrak tidak diluluskan oleh JPA kut ? Kenapa nak join PAS setelah bersara kenapa tidak masa bekerja ? Dah tu pencen daripada kerajaan dia ambil tak? Sebenarnya adalah bendanya yang dia tak puashati sebab tak dapat kerana itu dia join PAS ( merajuk hati konon )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sgt. Mgkin mtk projek x dpt kot pas tu pegi mtk kt pihak sblah.. biase la..

      Padam
  3. Lepas ni boleh la jadi calon PAS sebab boleh dapat elaun..nak kawin 4 pun boleh..

    BalasPadam
  4. Tgklah kenyataan beliau, nak jadi ahli biasa tapi kalau diberi jawatan akan diterima, bercita-cita nak jadi wakil rakyat kot.

    BalasPadam
  5. belakang sudah kena..ayoyo...

    BalasPadam
  6. "Jawapan saya mudah, saya dibesarkan dalam agama...dan.... Pas memperjuangkan agama Islam..." kah..kah...kah..kah..kah..

    Agaknya masa dia bertugas sebagai pegawai agama dulu semua yang dia lakukan itu adalah perjuangan Pas. kah..kah..kah..kah..

    Tapi bagusnya dia ni pencen dan ganjaran dia tolak... itu duit kerajaan yang Pas tentang..

    BalasPadam
  7. eh? baru skrg? dulu tak kenal islam ke?

    BalasPadam
  8. masa dalam perkhidmatan dulu main angguk aje, cari makan pun biar berprinsip sikit dasar musang berbulu ayam, halal ke gaji yang diterima dulu, pencen yang diterima sekarang

    BalasPadam
  9. Kesian ko niee... Nampak sgat ko nak jd calon hahamPAS. Kesian betoi ko org tua...

    BalasPadam
  10. anon 5:08...

    mungkin tu le sbb nye Tok Rawi masuk PAS agak nye..projek atau pon tender berpuluh2 ribu RM tak dpt masyuk gamak nye...so masuk PAS le blh dpt ribu2 RM nye sekali kat atas pentas ceramah..

    BalasPadam
  11. Bukan semua orang yang jadi pegawai ni cerdik..
    kadang kadang sebab ampu n bodek lebih , jadilah pegawai tinggi, tambahan kalau ada sijil kroni, lagi bagus..
    Aku kata Nahrawi ni adalah antara pegawai kerajaan yang bebal, aku berani kata begitu sebab korang baca sajhalah alasan yang dia bagi untuk masuk PAS .. tak ke alasan bebal tu namanya...
    haram duit pencen yang dia makan sebab dia makan duitr pencen kerajaan haram ... haramjadah punya pegawai bebal

    BalasPadam
  12. Biarkan....dia dah dapat hidayahla tu. Biasanya org baik2 /alim nie parti yg sesuai hanya parti PAS...

    Tapi... menerima pencen tu macam mana pulak ekkk... Tuan yg bagi duit setiap bulan, tapi digigit /lawan pulak....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online