BREAKING NEWS

Sapa kata Proton teruk..? Toyota tarik balik 7.4 juta kereta..

Pengeluar utama kereta, Toyota menarik lebih tujuh juta kenderaan keluarannya termasuk model Yaris, Corolla dan Camry kerana mengalami kerosakan pada suis tingkap.

Ini secara tidak langsung memberi kerugian ke atas 1,390,000 buah kereta di Eropah, 138,000 di United Kingdom, 2,470,000 di Amerika Syarikat dan 1.4 juta lagi di China.

Ini langkah penarikan balik terbesar selepas pengeluar kereta Ford pernah menarik semula lapan juta kenderaan mereka pada 1996.

Toyota bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi laporan kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku akibat masalah tingkap.

Ia turut menarik balik 459,000 kenderaan mereka di Jepun, 650,000 di Australia dan Asia serta ratusan ribu lagi seluruh Timur Tengah dan Kanada.

Antara model yang ditarik daripada jualan di pasaran termasuk model Yaris, Vios, Corolla, Matrix, Auris, Camry, RAV4, Highlander, Tundra, Sequioia, XB dan XD yang dihasilkan antara 2005 dan 2010.

Syarikat berkenaan akan menghubungi para pemandu model yang terjejas dari semasa ke semasa dan meminta mereka untuk memeriksa kereta mereka jika berhadapan dengan sebarang kerosakan.

Reputasi Toyota mula terjejas sejak 2009 akibat kerosakan yang membawa kepada beberapa kemalangan maut disebabkan tikar melekat di bawah pedal pemecut tetapi pihak syarikat telah memohon maaf akibat kekurangan tersebut.

Toyota turut menghadapi masalah pengeluaran akibat gangguan disebabkan tsunami 2011 dan memberi impak kepada mereka sebagai salah sebuah firma jualan kereta terbesar dunia.


p/s: Toyota pun rosak jugak ke? Ingatkan Proton je yang ada masalah tingkap nih... 

9 ulasan :

  1. ok la tu.. toyota tarik balik.. mengaku salah.. proton ade tarik blk ke? rosak~ rosak la. kne antar warranty..

    BalasPadam
  2. tutuplah proton kalo x sedar diri nak jual mahal2 mcm kereta luar tp kualiti haramm.

    BalasPadam
  3. sekurang2nya toyota tarik balik semua yg terlibat....kalau proton buat dek jek....puii

    BalasPadam
  4. lagi aku nak beli kereta Toyota nie.....
    X payah nak rungsing, kalau ada something wrong after sale,toyota akan re-call...tabik spring kat Toyota...Telus dan sentiasa cuba yg terbaik utk customer..harap harap sgt Prootttooonnnggg ikut mentaliti ini..

    BalasPadam
  5. Bila komplen, pomen cakap.. "Biasalah proton!"

    BalasPadam
  6. Bila komplen kat service center... Pomen kata "Biasalah Proton..."

    BalasPadam
  7. hek eleh korang nih.. Dulu Proton pun ada wat recall.. savvy dgn rear wheel bearing, gen2 dan satria neo dgn clock spring.. apa yang akan dikata oleh manusia jenis x bersyukur mcm korang nih??

    "Kereta proton mmg xder kualiti" bak kata korang yg cerdik pandai nih.. kata nak maju, tapi mentaliti masih lagi dijajah.. Nak negara maju, tapi masih mengagungkan barangan luar.. korang yg xder pakai toyota mmg cakap toyota bagus.. bila dah pakai baru tahu.. vios mmg hampeh.. patutla indon pun kurang minat walaupun dipasang kat indon.. chit poodah

    BalasPadam
  8. Hoi bodoh mak aku pakai vios lama dah takda rosak pun...kereta proton orang yang terlaggar kereta mak aku adalah , terus dia kena bayar 3 ribu untuk ganti balik pintu kereta kami... nanti pulak tak lama lagi mak aku plan nak beli camry 2.5 ... syok tuu....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online