Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali lagi mengulangi jaminan akan mereformasi sistem pendidikan negara dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk mengurus ekonomi antaranya mereformasi pendidikan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurus sumber dengan baik tanpa ketirisan.
“Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif.
Caranya adalah mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN,” katanya dalam forum “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), kelmarin.
Rafizi berkata, untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Pakatan berhasrat melaksanakan gaji minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis kemiskinan.
Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol.
“Sebahagian besar pendapatan rakyat dibelanjakan untuk membayar ansuran kereta, membayar tol dan minyak. Jika kita dapat mengurangkan beban ini kita dapat meningkatkan lebihan daripada pendapatan mereka,” katanya.
p/s: Sapa percaya bermakna dia dah hilang kemampuan untuk berfikir..
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
sembang boleh la.....aku yg dah abis bayar ni mcm mana crita plak???? bleh refund ke????
BalasPadamMinta refund pd rafizi..haha
Padamhaha g mampus la. takat sembang berdegang2 boleh la sebab pakatan haram ni org2 munafik.
BalasPadamDia tahu tak berapa ganti rugi kerajaan nak bayar kat konsesi bankrup malaysia. Ambil contoh greece kenapa bankrupt?
BalasPadam