Satu kenyataan yang perlu diterima bahawa harapan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Pulau Pinang dari DAP dalam PRU 13 ini memang sukar.
Pulau Pinang yang majoriti terdiri dari kaum Cina kemungkinan besar ingin melihat Guan Eng dan DAP terus menguasai pulau mutiara itu untuk sepenggal lagi.
Seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamed, para pengundi Cina akan menjadi faktor penentu dalam PRU 13 nanti.
Kalau diperingkat pusat para pengundi Cina memberi sokongan pada BN, namun mereka sebaliknya tetap akan mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
Ini ditambah lagi dengan keadaan parti Gerakan yang kelihatan tidak bermaya dan bertenaga untuk menawan kembali pulau itu setelah DAP berjaya menarik sokongan kaum Cina.
MCA pula setakat ini belum lagi berjaya membuktikan mereka mampu menjadi parti alternatif pada DAP di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng sebenarnya mempunyai agenda dan rancangan jangka panjang di pulau itu. Ini terbukti bila beliau membuat kenyataan baru-baru ini bahawa ia tidak berminat untuk berada di Putrajaya sebaliknya mahu terus kekal di Pulau Pinang.
Guan Eng ingin terus mencengkam dan menguasai Pulau Pinang untuk jangka masa panjang. Beliau mahu menurut jejak langkah Lee Kuan Yew di Singapura.
Kalau Lee berjaya melakukannya, mengapa dia tidak ! Kini pun Guan Eng telah mengambil model Mentor PAP itu dalam membangunkan Pulau Pinang.
Sudah ada laporan mengesahkan betapa ramainya kaum melayu terpaksa berhijrah keluar dari pulau itu akibat tekanan dan desakan ekonomi serta suasana kehidupan.
Banyak projek pembangunan dan perumahan yang dirancang pihak kerajaan negeri terlalu berkos tinggi menyebabkan mereka terpaksa berundur.
Ada pula pihak pemodal yang menawarkan harga tinggi untuk mengambil alih rumah atau bangunan yang dimiliki kaum melayu agar mereka menjual hakmilik mereka serta berpindah.
Gerai-gerai kecil bagi para peniaga kecil-kecilan diarah berpindah dan dirobohkan. Proses ini terus berjalan dengan teratur dan sistematik.
Sekiranya DAP terus kekal memerintah Pulau Pinang selepas PRU 13 ini, maka bukan mustahil akan ada "Singapura ke 2" disebelah utara pada masa hadapan.
Apa lagi hubungan DAP dan PAP terus terjalin dalam berbagai bentuk. Lee Kuan Yew pernah melawat Pulau Pinang dan bertemu dengan Guan Eng dalam rangka hubungan dan kerjasama kedua pihak.
Impian Lim Guan Eng di Pulau Pinang bertambah cerah dan kukuh dengan sokongan kuat dari dua tokoh melayu yang berpengaruh.
Mereka ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sokongan dari kedua mereka sudah cukup memberi laluan selesa pada Guan Eng mencapai impiannya di pulau mutiara itu.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
strategi pengusiran org melayu dari pulau pinang semakin menampakan hasil..harga rumah semakin mahal,tanah2 kampung yg bukan hak milik kekal semakin banyak di ambil semula...x mustahil org melayu pulau pinang akan lari ke kedah dan pulau pinang akan menjadi majoriti milik kaum c
BalasPadamSemoga 2ekor anjing jelmaan babi BARUA Dapig bahagia selama MUNGKIN.Melayu bebal singapork perdana menteri pertama berulang lagi.
BalasPadam