BREAKING NEWS

Abby nak BERDAKWAH pada seluruh rakyat...

Selepas berjaya di pentas Pas sebagai penceramah, gua dengar Abby sekarang nak lebarkan sayap dia ke seluruh negara pulak..

Abby kata, lepas ni dia nak berdakwah pula melalui bidang lakonan.. Tu yang gua pelik sangat beb.., sekarang ni ostazah Abby bukan berlakon ke dalam Pas?

Gua nampak, walaupun Abby masuk Pas, perangai gedik Abby tu tetap sama macam dulu.., cuma penampilan je yang berubah sikit.. Berlakon lah tu kannn..?

Dan sekarang ni Abby pun berdakwah jugak.., tapi kepada pengikut-pengikut Pas dan diatas pentas Pas je lahh...

Itu tak jadi hal beb.., cuma gua kesiankan seluruh penganut Pas dalam negara je...

Dulu.., ahli-ahli Pas dihormati pasal selalu dengar ceramah dari tok-tok guru yang hebat dalam bab-bab agama.. Tapi sekarang ni ahli-ahli Pas lebih taksub dengar dakwah dari artis yang hanya tahu berlakon kerana dapat upah...

Patutlah makin kurang cerdik pengikut-pengikut Pok Nik tu sekarang beb.. Mana taknya.., tok guru dorang adalah artis... Mangkuk hayun betul... Hahahahahaha...


Mungkin ramai menyangka bidang kerjaya pelakon Gerak Khas, Abby Abadi telah berubah selari dengan imejnya kini.

Semakin aktif dengan ceramah politik dan agama, bekas isteri pelakon, Norman Hakim ini dilihat seolah-olah enggan kembali ke dunia seni lagi.

Bagaimanapun, Abby mengakui masih rindu untuk berlakon yang menjadi punca rezekinya sebelum ini.

”Secara jujurnya, saya rindu berlakon lagi. Saya masih sayangkan dunia lakonan dan teringin kembali berlakon seperti dahulu.

“Ramai beranggapan yang saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon,” katanya.

Tidak mahu digelar ahli politik, kata Abby, itu bukanlah bidang kemahirannya. Jelas Abby, dia tidak akan menolak tawaran lakonan yang dirasakan sesuai dengan imejnya kini.

“Walaupun imej saya sudah berubah, namun saya masih boleh berlakon dan berdakwah menerusi lakonan.

“Mungkin saya harus lebih selektif, tetapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak,” katanya.


1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online