BREAKING NEWS

Model terbaru usahasama Proton dan BMW???


Gambar diatas membuktikan bahawa orang Malaysia memang kreatif.. Korang cuba tengok, Proton Saga BLM pun boleh diconvertkan jadi sebijik macam BMW beb..

Kalau sekali tengok, memang susah nak agak bahawa tu kereta Proton buatan tempatan.. Tapi bila tengok dengan lebih detail, barulah gua perasan bahawa BMW tu sebenarnya BMW palsu..

Apapun.., ubahsuai macam ni sebenarnya salah dari segi undang-undang jalanraya di negara kita beb.. Tak guna buat modifikasi cantik-cantik tapi manjang kena saman kalau ada roadblock oleh pihak penguatkuasa..

So nasihat gua, kalau rasa nak pakai BMW tu, baik beli terus je sebijik yang ori punya beb.. Yang secondhand pun tak mahal mana rasanya..

Bak kata orang tua-tua, 'biar kalah membeli, tapi menang memakai.. '


p/s: Gua tetap dengan Proton standart gua.. Walaupun kereta lama.., banyak jasanya tu beb...

1 ulasan :

  1. Kenapa lah nak saman kalau kita ubah suai keta kita sendiri....keta kita hak kita lah...kita nak cantikkn keta kita pun jadi masalah kah...? kan kita dah bayar cukai jalan....lain lah kalau cukai jalan tak bayar....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online