BREAKING NEWS

Kahwin 11 orang.., Ostad Pas nak cari bini solehah rupanya...

Korang ingat tak lagi pasal ostad Pas yang kawin 11 orang tu beb? (baca SINI) Dah kena tangkap rupanya dia...

Tahniah kepada JAIS yang berjaya mengesan dan menangkap ostad gila seks tu.. Lepas ni kita tunggu apa hukuman yang bakal dikenakan terhadap dia..

Tapi gua tertarik dengan kenyataan ostad 11 bini tu beb ketika disoal siasat kenapa kawin banyak oleh Pegawai Agama JAIS..

Ostad Pas tu kata, dia kawin sampai 11 orang kerana nak cari bini yang terbaik.. Tapi dia masih gagal jumpa yang solehah walaupun dah 11 orang bini dia ada...

Perghhhh!!! Kalau lah macam tu punya mudah.., gua pun nak beb.. Nak cari terbaik punya pasal.., boleh kawin sampai 11..

Rasanya, ostad Pas tu elok kawin dengan Ostazah Ebbi je.. Minah tu pun tengah gersang dan kering kontang... Hahahahahaha....


“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.

1 ulasan :

  1. diri sendiri pun hampeh nak cari yg solehah konon. cara nikah pun dia boleh main sindiket nikah kt siam. ingat perempuan ni anak ayam ke. kurang ajar punya jantan

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online