BREAKING NEWS

HOT!! Software Pengesan AES untuk pengguna Android..


Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada..

Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya..

Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..

Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. Dan ia bukan di sponsor oleh Yahudi macam yang SUARAM dapat tu..


Satu perkara yang perlu korang tahu.., aplikasi ni menggunakan sepenuhnya aplikasi GPS yang ada dalam handphone atau tablet android korang..

Maknanya, tanpa GPS diaktifkan serta mempunyai signal yang kuat.., aplikasi AES Detector ni tak berkesan beb..

Dan of course la korang perlukan handphone atau tablet android untuk pasang aplikasi ni.. Kalau takat handphone Nokia cap ayam, memang tak boleh punya..

Err..., pengguna Blackberry pun tak boleh pakai aplikasi ni sebab jenama tu tak sokong sistem android.. Rugi betull!!

So.., terima kasih pada Kevin Chua yang cipta AES Detector ni.. Korang boleh download aplikasi ni didalam Play Store/Google Play dari handphone/tablet korang..

Harapnya, aplikasi ni dapat membantu korang dan gua untuk elakkan diri dari kena saman AES di lebuhraya..



12 ulasan :

  1. Salam..Tuan mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com Tk.

    BalasPadam
  2. Artikel yang bagus.....Sediakan penawar setelah Kerajaan Tercinta taburkan racun kepada rakyat.

    Kami sebagai rakyat Marhaen akan pastikan undian kami dalam PRU-13 adalah yang paling beracun kepada Kerajaan BN.

    Thanks Najib,For those 'surprising' AES Gift.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasar org x sedar dek untung, mendisiplinkan org2 tabiat burok dijalan raya supaya yg pengguna berhemah x terbabit dgn tindakan mereka

      Padam
    2. Memang dasar rempit, ko mampos sorang takpe tapi ko bunuh orang lain bersama yg AES nak elak kan.....pi mampos!!! Liang lahat sampaikan salam kat Ko

      Padam
  3. Salam... Banyak info best kat sini... Terutamanya pasal AES camera... Saya ni sokong sangat ada kamera ni dan dalam masa yang sama, sepatutnya saman tak perlu keluar... Keluar warning saja cukup la... Buat apa nak mintak duit awal2... Betul tak? Saya dah link kan blog ni ke blog saya.. Harap tuan tak kisah kalau tuan link kan blog saya pula ke blog tuan...

    http://parangpedang.blogspot.com/

    Setitis maruah yang diperjuangkan

    BalasPadam
  4. kalau pr jadi kerajaan, boleh konfem ke aes ni tak dipasang? dah sah2 anwar jadi pm, masa dlm govt pun songlap duit rakyat, lepas jadi pr konon nak pertahankan hak rakyat. poodah! kalau dah bau bangkai tu, kat mana2 pun duduk bau bangkai jugak

    BalasPadam
  5. SBPA VS SAMAN 1 MSIA.wa kena beb.sidek sapa raga

    BalasPadam
  6. Teruskan langkah2 menghapus pengganas jalanraya, sudah muak dgn tabiat burok mereka, lebih2 lagi melibatkan org lain

    BalasPadam
  7. kesian BN hanya kerana beberapa cadangan yg tidak popular bn bakal kehilangan undi..moga ada penawar dalam isu AES ini..

    BalasPadam
  8. ape maksud kau "menghapus pengganas jalanraya" tu? kalo AES ni letak kat setiap lampu isyarat ya aku setuju, sebab ramai sangat pengguna jalanraya yang langgar lampu merah sesuka hati... tapi aku tak setuju kalo AES ni letak kat highway... sebab kesian kat pengguna yang nak balik kampung jauh2 sampai 6-7 jam punya perjalanan.. bayangkan bawak 90-110 je bile boleh sampai? 9-10 jam? bile bawak slow lebih lama masa diperlukan, bile lama dok dalam kete kite akan cepat penat dan fokus akan kurang... brape kali nak berhenti rehat bile jadi macam tu? fokus kurang adalah punca utama kemalangan... jangan tahu mengaut keuntungan, fikir dulu akibatnya kepada rakyat2 ni... menteri2 boleh la senyum atas highway sebab masing2 ade driver, siap eskort polis, boleh lenjan 180km/j pun takpe sebab tu dia tak heran... cube menteri2 tu try drive kete sendiri tanpa escort polis macam rakyat2 ni dr johor-kelantan, aku nak tengok berapa banyak saman dorang dapat agaknye... tak kene batang idung sendiri boleh la kate macam2.. puuiihh!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade sape halang ko jd menteri ke????:))

      Padam
    2. Lebih baik sampai lewat dari tak sampai langsung...

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online