BREAKING NEWS

Cerita Syaitan dan Ulamak.. Khas buat Ostazah @abby_abadi112..


Pada suatu hari, Iblis telah mengumpulkan semua anak-anak buahnya untuk menguji kepintaran mereka...

Setelah semuanya dikumpulkan, Iblis berkata.., "aku ada beberapa pilihan untuk kamu semua pilih, TAPI pilihan hanya 1 sahaja..

"aku mahu lihat siapakan diantara anak-anak buahku ni paling bijak sekali.. Semua ini akan dinilai melalui pilihan kamu terhadap kumpulan manusia dibawah untuk disesatkan..

1.pencuri
2.peminum arak
3.kaki judi
4.pembohong
5.pembunuh
6.ulamak

Maka anak-anak buah Iblis pun mula berkira-kira untuk memilih yang paling mudah untuk disesatkan mengikut skill yang dorang ada..

Setelah beberapa lama memilih, anak-anak buah Iblis pun bangun untuk menyatakan kumpulan manusia yang jadi sasaran dorang untuk disesatkan..

SYAITAN 1..aku pilih pencuri.
SYAITAN 2..aku pilih peminum arak.
SYAITAN 3..aku pilih kaki judi.
SYAITAN 4..aku pilih pembohong
SYAITAN 5..aku pilih pembunuh.
SYAITAN 6..aku pilih ULAMAK....

Dalam ramai-ramai anak buahnya, Iblis tertarik dengan pilihan geng Syaitan 6.. Ini kerana Syaitan 6 telah memilih ULAMAK untuk dorang sesatkan...

Lalu Iblis pun bertanya... "wahai Syaitan 6..kenapa kamu memilih ULAMAK? Kenapa kamu tidak memilih seperti mana yang kawan-kawan kamu pilih..?

Bukankah apa yang kawan-kawan kamu pilih itu merupakan satu kerja yang boleh menyenangkan tugas kamu?

Syaitan 6 dengan nada yang konfiden menjawab.., "bos nak tau kenapa aku pilih ULAMAK? ini jawapannya...."


1. Jika aku pilih pencuri dan aku berjaya menghasut dia.., dia hanya tahu mencuri je bos.. Tapi jika aku pilih ulamak dan berjaya menghasutnya.., dia akan mencuri 'hati' orang-orang yang mendengar akan ceramahnya..

Ceramahnya itu nanti mesti ada terselit fitnah dan kata-kata palsu.. Dan orang yang mendengarnya pula akan termakan isi ceramahnya tanpa berfikir panjang..

Seterusnya pulak, pengikut-pengikut taksubnya akan berkata.., "kita kena yakin dan percaya kata-kata ulamak kita"!!

2. Jika aku pilih peminum arak dan berjaya menghasutnya.., dia hanya tahu minum arak je bos..

Tapi jika aku pilih ulamak dan berjaya menghasutnya.., dia akan membuatkan pengikut-pengikutnya 'mabuk' dgn segala fatwa-fatwa yang dia berikan biarpun fatwa-fatwa itu bertentangan dengan hukum-hukum tuhan..

Oleh kerana fatwa itu datang dari ulamak.., pengikutnya akan berkata.. "itu fatwa dari ulamak kita!!

3. Jika aku pilih kaki judi dan berjaya menghasutnya.., dia hanya akan terus berjudi saja..

Tapi jika aku pilih ulamak dan berjaya menghasutnya.., dia pasti akan 'memperjudikan' akidah pengikut-pengikutnya agar mempercayai segala apa yang telah dia sampaikan..

Walaupun ada antara yang disampaikan oleh ulamak tu bertentangan dengan akidah agama, dorang akan tetap percaya kerana dorang akan berkata.., "itulah ucapan ulamak kita!!

4. Jika aku pilih pembohong dan berjaya menghasutnya.., dia hanya tahu berbohong dikalangan kawan-kawannya sahaja..

Tapi jika aku pilih ulamak dan berjaya menghasutnya.., sudah pasti dia akan menyelitkan kata-kata bohong disetiap ceramah yang dia sampaikan..

Dan pengikut taksubnya sudah tentu akan percaya setiap kata-katanya walaupun bohong.. Jika disoal, pengikutnya akan berkata.. "Takkan la ulamak kita akan berbohong dgn kita!!!

5. Jika aku pilih pembunuh dan berjaya menghasutnya.., dia hanya tahu membunuh saja dan ini merugikan kita.. Mungkin juga org yg dibunuh itu org yg beriman..

Tapi jika aku pilih ulamak dan berjaya menghasutnya.., sudah pasti dia akan berjaya 'membunuh' iman dan akidah pengikut-pengikutnya dengan segala ilmu songsang yang dia ada..

Pengikut-pengikutnya pasti mudah terpedaya dan akan berkata sesama sendiri.., "lihat jubah dan serban guru kita..pasti tinggi ilmunya dan wajar kita hormati dan percaya.."

Seterusnya, Syaitan 6 berkata.., "sebab itu aku pilih ULAMAK wahai bosku.."

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online