BREAKING NEWS

Anwar umumkan tarikh PRU13 didepan 100 ribu penyokong...

Anwar Ibrahim mewar-warkan pada rakyat di Perak bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun ini. Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik sekarang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku.

“Saya yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih 100 hadirin.

Mengulas lanjut, beliau mengecam Datuk Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet.

Katanya, Najib takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut dengan tidak menghadirkan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mementingkan kawalan harga barangan keperluan harian berbanding pemberian rebat rm200 untuk anak muda membeli telefon bimbit pintar.

Menurutnya, Najib pada masa yang sama mengumumkan kenaikan harga gula yang menjadi keperluan harian rakyat dinegara ini.

“Kenaikan tersebut telah membebankan rakyat dan mengkayakan kroni yang kita tahu syarikat gula tersebut adalah milik orang mereka,” ujar beliau.

Penguguman tersebut menggambarkan tidak memahami naluri dan kehendak rakyat.

5 ulasan :

  1. PRU tahun 70an... janji nak masuk bekalan elektrik kat kampung aku... LLN hantar 2 lori penuh tiang elektrik... heboh satu mukim sebab nanti akan dapat elektrik.. Ini adalah cara yang dibuat oleh Parti Perikatan (cap KAPAL LAYAR). Lepas menang pilihanraya.. tiang elektrik semua hilang dari pandangan.. Itulah cara menipu zaman dulu... zaman ayah dan atuk aku yang masih bodoh..., Tapi kalau buat cara tu sekarang ni... BOLEH JALAN LAAAA.....

    BalasPadam
  2. Eh...sapa PM Malaysia neh??? Bknke yg akan umumkn bila PRU ialah PM...

    ooo ye hok neh PM 16 Sept dari negara pasir 2 butir...patotla berbutir2 rakyat yg mndengar pengistiharan itu...

    PORN PORN PORN PORN Bas Pork SHeikh nak lalu...

    muahahhahahahhah

    BalasPadam
  3. Hahhahaha aku nak like komen Arie Pklang.... bernas komen ekau.

    BalasPadam
  4. Ish.. Ini lagi terer dari PM ni. Dia tau kutuk tang gula je padahal keseluruhan belanjawan dia memang sampah maklumlah hasil dari idea sampah orang di sekelilingnya. Takda seorangpun yg tahu seelok belok ekonomi negara Khalid Gagap, Kamarudin Jaafar org korperat tapi bab pentadbiran ekonomi negara mmg hampeh "0".

    BalasPadam
  5. Todiaaaa....abiss 1 Perak digoreng nya pak Sheikh Al buriti

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online