BREAKING NEWS

10 Kebaikan AES yang patut korang tahu.. Gua sokong AES!!!

2-3 hari ni, ramai yang dah bising pasal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).. Ramai yang kata, AES ni jadi alat untuk kerajaan kutip duit rakyat di jalanraya..

Dan disebelah puak-puak berhaluan kiri, dorang anggap AES adalah satu cara baru bagi kerajaan untuk 'melanun' didalam negara..

Gua sebenarnya malas nak komen pasal AES ni beb walaupun gua dah dapat 2 saman yang dihasilkan oleh sistem baru ni.. Tapi gua terpaksa tulis jugak diatas permintaan ramai..

Banyak pembaca gua tanya pendirian gua tentang AES yang dikatakan sebagai ganti kepada Saman Ekor dulu..

Maaf lah kalau gua cakap yee..., errr..., untuk pengetahuan korang, gua sangat-sangatt bersetuju dengan AES tu beb...

Gua ada 10 sebab untuk bersetuju dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu beb...

1 - AES dapat mendidik rakyat supaya berkerja dengan lebih tekun lagi untuk membayar saman yang dikeluarkan kepada mereka..

2 - AES dapat memupuk 'hubungan mesra' diantara rakyat dan juga kerajaan serta menambahkan ingatan yang tulus ikhlas terhadap kerajaan sepanjang masa..

3 - Sistem baru ni juga akan memastikan kerajaan dilihat sebagai prihatin kerana sentiasa mengambil berat kepada keselamatan rakyat walaupun dijalan yang tak berbahaya..

4 - AES juga menunjukkan bahawa kerajaan sangat bijak.. Dulu rakyat marah pada Polis dan JPJ jika dapat saman.. Sekarang ni rakyat marah pulak pada kerajaan.. Tak bijak ke tu beb?

5 - Rakyat dapat membantu menambah pendapatan negara dengan menyumbang kepada AES.. Lepas ni, tak wujud lagi persoalan tentang apa sumbangan rakyat pada kerajaan..

6 - Negara akan lebih aman dan makmur kerana AES.. Korang bayangkan semua kenderaan pandu perlahan di jalanraya termasuklah Kereta Menteri, Timbalan Menteri, Raja, Para Kenamaan, Ambulan, Kereta Peronda dan penguatkuasa, dan juga yang sewaktu dengannya.. Tak ke aman jalanraya di negara kita beb..?

7 - AES juga dapat memupuk semangat menabung dikalangan rakyat.. So lepas ni, sapa yang nak memandu kereta, dorang mesti berjimat cermat untuk bayar saman yang dikeluarkan..

8 - AES ni dapat meringankan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.. Lagi banyak duit yang dikutip menerusi AES, lagi mahsyukk la duit di perbendaharaan negara beb... Bukan ke ini baik untuk pertumbuhan ekonomi negara?

9 - Sistem baru ni jugak akan mengeratkan silaturahim diantara pemandu kenderaan.. Korang fikir ye.., bila musim perayaan, semua pemandu akan berpeluang bersembang antara satu sama lain kerana jalan jem teruk akibat semua bawak slow takut kena saman..

10 - AES sekarang ni membuatkan kerajaan jadi sangat popular sebab semua rakyat tengah 'memuji-muji' sistem tersebut.. Tak kira dikedai kopi, di surau, di pasar, di rumah kenduri, di stesyen teksi, ataupun di dalam Parlimen sekalipun, AES tetap jadi tajuk utama.. Popular lah tu beb...


So..., dengan semua sebab-sebab diatas, gua tak dapat menolak dan menafikan bahawa AES memang berkesan serta baik untuk kerajaan sedia ada..

Jadi gua menggesa kepada kerajaan supaya tambah lagi kamera AES dijalanraya tu.. Gua dimaklumkan kerajaan merancang untuk pasang 800 lebih kamera.. Tak cukup tu beb..

Patutnya kerajaan mempertimbangkan untuk pasang satu kamera AES bagi setiap 100 meter di jalan.. Barulah berkesan beb..

Lagi bagus kalau kamera AES tu dipasang jugak kat jalan kampung, jalan tanah merah, jalan sawah padi termasuklah laluan pejalan kaki.. Biar semua rakyat terdidik sempurna beb...

Lagi satu.., gua cadangkan kerajaan naikkan had saman dari RM300 kepada RM1000 bagi setiap kesalahan.. Baru cepat sikit kerajaan kaya raya.. Dan bila kerajaan kaya raya.., rakyat pun turut merasa tempiasnya kannn...

Hidup AES!!!!! Gua mesti pilehhhh!!!!

Najib patut bagi elaun lebih kat mamat tua nih.. Dia akan bantu BN menang 2/3 di PRU13 nanti...

15 ulasan :

  1. Sapa la punya idea bangang nak implement AES ni. Kang aku suruh PAS buat sembahyang hajat pecah perut baru ko tahu. hahahahah...... Pecah la perut orang dengki tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. good job tan sli lu banyakk duit wa bayar saman duit ngam2 mau makan... jgn sampai wa sumpah seranah jalan raya buat pun tak betoll ...

      Padam
  2. Pasang banyak2 AES,lepas tu lebuhraya bebas tol atau atau bayar RM10 dari tol keluar ke tol tuju destinasi.

    BalasPadam
  3. setiap perkara ada PRO dan CON-nya. apapun kita sepatutnya tggu dan lihat keberkesanan sisitem AES ini. YG silapnya perlaksaan AES sebelum PRU 13. pakar strategi PM x reti buat keja ka? mcm bodo2 j

    BalasPadam
  4. aku ingat sokong apa tadi???? hehe... tapi aku rasa sepatutnya sistem AES ni dibuat khas untuk lori2 dan bas ekspress yang bermaharajalela kat jalan raya .... keta2 biasa sepatutnya saman bawah rm50 aje.. keta cc besor macam merz bmw ker saman sampai rm500 pun takpe...lori dan bas yg pandu laju saman rm 1000. baru la rakyat tak marah...
    ini tidak.. automatik saman rm300 untuk semua kereta rakyat malaysia... mampos nak bayar saman...
    harap kerajaan pertimbangkan cadangan bodoh JPJ (sebelum ni cadangan saman tinted) buat kali ini...
    pikir dulu sebelum buat..sebab PRU13 pun dah nak dekat!!!!

    BalasPadam
  5. Sokong AES.. Tak nak kena saman, JANGAN BAWA MELEBIHI HAD LAJU...

    BalasPadam
  6. ha ha brapa banyakk kereta datok2 pak menteri dah kena saman ada ke tiada atau keball...

    BalasPadam
  7. Klinik 1 malaysia.KRIM BRIM. ....dll.Srim.saman rakyat satu malaysia.bertepuk sakan pr.potong steam betul.

    BalasPadam
  8. Memang susah nak senang kat mesia nih..
    Duit habis bayar saman jer ..
    Macam duit dalam restricted area jah..
    Mana aku nak cekau nak bayar saman JPJ
    Yang bengang takleh kompaun plak tu...

    AES belum kena lagi kot tetapi satu
    malam tu terperanjat macam ada kilat
    menerangi kete.. AES ni malam jalan
    juga ker??
    (Man Kueteow)

    BalasPadam
  9. ni bukan masalah rakyat ngan kerajaan,ni masalah individu,masing2 takut kena saman,tapi bawak nk laju n nk langgar lampu merah.klu aku kena pun aku benci nk byr,tapi itulah,cara bagus untuk didik kita berhemah.so diorg berhak mengambil duit dari mereka yg membahayakan nyawa org lain kat jalan raya.biar diorg kutip duit bukan kutip mayat.

    BalasPadam
  10. Ape yg bagusnye..lg bagus pasang aes kat kawasan perumahan,tempat2 sunyi,kwsan tumpuan org ramai.tahun nie sahaja kawasan umah aku 2 kali kete kene pecah,3,4 kali kes ragut termasuk kawan aku kene tikam pasal nk tangkap peragut,pecah rumah time wak2 bekerja lak tu.moto aku hilang.(tu baru kwsn umah aku yg aku tahu,kwsn lain?)walaupun xde income mcm pasang aes kat jln hasil saman tp berbaloi dari segi keselamatan dari letak beratus aes tu kat jln raye..

    BalasPadam
  11. tak paham sarcasm jangan baca artikel di atas.. dasar meleis bangang...

    BalasPadam
  12. Yg ni point drpd komen yg aku jumpa kat laman lain. Sori kpd yg tulis, aku ciplak dan tambah sikit dgn pendapat aku.

    2 hari 2900 kena saman.... Berapa pula kenderaan melalui jalan tersebut... Adakah 3000 buah dan yg disaman 2900. Adakah 96% kenderaan disaman.. Adakah 96% rakyat malaysia jenis tak ikug peraturan...

    ha ah betul jugak kan, ke orang yang buat undang2 yang tak tau nak buat peraturan? Ke sbb ada unsur masyuuukkk...

    Bagus2..dlm hal ni aku baru rasa yang majoriti rakyat tak setuju tak kiralah orang tu dari pembangkang atau pemerintah. Sebab aku ingatkan kalau penyokong pemerintah ni akan buta2 je sokong. Tapi jelas pandangan aku salah.

    Nih aku nak tambah sikit, kalau korang leh terima..terima, klu takleh terima aku pun tak kecik hati sbb aku ni bukannya professor pun, cuma pendapat seorang rakyat biasa...komen ni lebih kepada rasa pelik pelik dan pelik...

    Saman telah dijadikan satu bentuk hasil keuntungan syarikat swasta, pelik pelik pelik...”Hasil keuntungan syarikat saya adalah apabila ramai orang buat salah, kitorang dapat profit sharing dgn kerajaan!” pelik pelik pelik..punyalah buta hati kabinet2 kita sampai perkara sebegini pun boleh wujud. Kerajaan kata rokok merbahaya untuk kesihatan tapi kerajaan ambik cukai rokok itu pun belum ada jawapan atas kepelikannya. Sedangkan air itu diswastakan pun belum reda lagi peliknya., yang ini lagilah berganda-ganda pelik. Profit sharing untuk kesalahan undang2?

    Kalau cara cari untung kaedah ini telah mula diiktiraf masyarakat, maka akan datang tidak mustahillah perkara berkaitan jenayah dan undang2 pula akan diswastakan. “Ko kerja kat mana?” “Ohh aku kerja kat syarikat yg mengesan pencuri. Jadi objektif sykt aku ialah mendoakan biarlah semakin hari semakin banyak pencuri sbb ada profit sharing untuk setiap pencuri yg berjaya dikesan”. Maka 2 kelompok masyarakat bakal dihasilkan, kelompok 1 berdoa supaya masyarakat akan bertambah baik dan kelompok 2 pulak berdoa biar lebih ramai orang buat jahat sbb boleh buat untung. Itulah analogi untuk sistem AES ni.

    Konsepnya tu takde bezanya pun dengan sindikit bengkel dan tow truck yg 'create' accident kereta utk dpt bisness. Bila ada accident baru ada wang maa..bila ada orang bawak laju baru ada wang maa...sykt saya dapat kuasa utk bisness saman maa.... pelik pelik pelik. Apa punye jenis zaman la sekarang ni.

    Jika pihak pembangkang gagal untuk membahaskan isu ini, amatlah rugi sekali dan sekaligus boleh dipertikaikan dimanakah kekuatan mereka. Ini kerana jika nak dibandingkan kesusahan untuk ‘mewujudkan’ sistem ini ternyata lebih mencabar kerjanya daripada peranan pembangkang untuk mempertikai. Mana tak mencabar sehingga pindaan terhadap Akta Pengakutan Jalan terpaksa dibuat demi untuk “menghalalkan” AES.

    Walau bagaimanapun yg paling SUPER pelik pelik pelik ialah jika masih ada rakyat yang masih boleh setuju pada perkara2 mcm ni.

    BalasPadam
  13. Salam. Jgn salahkan pihak lain kalau kita sendiri yg melakukan kesalahan. Sana sini org guna kamera litar (bank,rumah,pejabat dll) tujuan utk keselamatan. Adakah anda rasa tak selesa sentiasa diperhati kamera? Selagi tak buat salah tak perlu risau. Hanya mereka yg suka buat salah berada dlm kerisauan. Fikir-fikirkanlah.

    BalasPadam
  14. Takkan had lahu 60 Km/j pun nak letak AES . Kalau had laju 110 Km/j tak pa jugak . Ni bukannya Jepun . Jepun bolehla letak AES sebab negara dia orang selalu gempa bumi.Orang lain nak cepat p kerja la ...!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online