BREAKING NEWS

Umno peralatkan ibubapa Ostazah Abby???

Penceramah paling mahal dalam Pas, Ostazah Abby meminta mana-mana pihak menghentikan serangan politik terhadap kedua ibu bapanya sebagaimana yang dihadapi ibu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

“Tolong jangan peralatkan ibu dan bapa saya untuk kepentingan politik sepertimana yang dilakukan terhadap ibu kepada YB Azmin Ali.

“Saya begitu terkejut apabila mendapati bendera BN dan tiga lagi bendera telah dipasang di hadapan rumah ibu dan bapa saya baru-baru ini.

“Jangan peralatkan mereka kerana mereka telah tua,” rayu Abby ketika menyampaikan ceramah di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh kelmarin.

Abby berkata, ketika beliau mengunjungi rumah ibu bapanya sebelum ke Pulau Pinang, beliau mendapati ibu bapanya dibawa keluar menaiki bas rombongan oleh pihak yang cuba mempengaruhi mereka.

“Saya nasihatkan mereka yang cuba mencari pengaruh supaya tidak mempergunakan ibu dan bapa saya sepertimana yang berlaku kepada Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali,” ulang Abby kesal.

Katanya lagi, sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat berlandaskan kesedaran sendiri bagi mendapatkan keadilan.

“Penyertaan saya menyokong Pakatan tidak harus diberi persepsi negatif. Hijrah untuk kebaikan sepatutnya diberi sokongan tanpa sekatan.

“Saya telah dapat membezakan kepimpinan yang ada pada Datuk Seri Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat,” ujar beliau di hadapan ribuan hadirin.

Abby juga sempat bersoal jawab dengan hadirin serta melaungkan kalimah ‘takbir!’ beberapa kali.

Pada ceramah itu, Abby turut menafikan dakwaan mengatakan beliau akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

1 ulasan :

  1. abby ni dah gila kot..eloklah dia ni bertaubat dan balik ke jalan Allah..dia ni sesat kat jalan PAS sebenarnya..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online