BREAKING NEWS

SABAH akan jadi milik Pakatan.. ~ Anwar Ibrahim

16 Sept : Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Anwar Ibrahim

Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.

“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia di Restoran Singgah Singgarung di sini.

Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.

“Tapi kita kena ingat, niat kita mesti ikhlas untuk melakukan membuat sesuatu yang baik dan sentiasa menjaga hubungan baik antara agama.

“Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka.

“Oleh itu, tingkat kefahaman dan saling menghormati antara kita agar tidak tewas dengan agenda pecah belah Umno BN,” katanya.

Hadir sama, Presiden PAS, Haji Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.


p/s: Beberapa tahun dulu.., malaun ni janji Pakatan akan tawan Putrajaya pada 16 september.. Hari ni dia janji pulak akan rampas Sabah... Gua pun heran.., sampai bila malaun sekor ni akan berhenti menipu rakyat agaknya yee..?

4 ulasan :

  1. sampai bila malaun sekor ni akan berhenti menipu rakyat agaknya yee..?

    -------------------------------------------
    tggu bila dia dah mati le baru dia tak menipu rakyat lg....

    BalasPadam
  2. Alahaaaaii Anwar,..janganlah pasang angan-angan terlalu tinggi, bila tak tercapai anta nanti yang malu sendiri.

    Kalau setakat tiga empat ekor ayam lelong masuk reban PKR, tak ada maknanya laaa..

    Sebenarnya BN bertambah gagah sebab duri dalam daging dah tercabut keluar.

    BalasPadam
  3. sbg anak sabah, saya fikir saudara anwar hanya bermimpi ataupun ingin menipu sekali lagi. sekian

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online