BREAKING NEWS

RON95 : Menteri ni patut jadi Manager KFC je beb...

Kat bawah ni ada satu video yang terang-terang menunjukkan kereta bernombor plet Singapore secara selamba mengisi minyak petrol jenis RON95 di RnR Genting Sempah..

Persoalannya, bukan ke ada undang-undang melarang kereta asing untuk mengisi minyak subsidi tu? Bukan ke minyak RON95 hanya dikhaskan untuk rakyat Malaysia sahaja?

Gua tertanya-tanya, sejauh manakah penguatkuasaan larangan penjualan petrol jenis RON95 kepada kereta asing di negara ni? Memang betul-betul ada penguatkuasaan ke atau setakat atas kertas je beb?

Menteri yang ditugaskan untuk jaga hal Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dok buat apa? Takkan dah cukup KPI kerja dengan hanya setakat buat peraturan je.. Perlaksanaan macam Haram!!!

Gua difahamkan, kes kereta asing guna RON95 ni bukan saja berlaku di RnR Genting Sempah macam dalam video dibawah ni., tapi kes macam ni banyak berlaku diseluruh negara..

Gua pun heran.., takkan Menteri terbabit hanya harapkan bangla distesyen-stesyen minyak tu jadi penguatkuasa? Kalau macam tu, elok je Menteri tu letak jawatan dan bagi bangla pengang jawatan dia..

So.., gua nampak perkara ni memang serius beb.. Kerajaan selalu bising pasal subsidi yang dorang tanggung untuk disalurkan kepada petrol RON95..

Dan Pak Menteri terbabit selalu mendabik dada kononnya kerajaan bantu rakyat dengan subsidi..

Malangnya, Kerajaan dan Menteri terbabit sedar tak rakyat mana yang dorang bantu melalui RON95 tu beb? Rakyat Singapore?? Rakyat Thailand????

Saranan gua.., kalau rasa susah sangat nak jadi Menteri jaga KPDNKK, elok jadi Manager KFC je lagi baik.. Bukan nak menghina.., tapi itulah sebaiknya demi negara!!!

6 ulasan :

  1. tu baru kat genting.....turun JB tengok camner...

    BalasPadam
  2. Menteri makan gaji buta.rakyat yang sokong pas pkr lagi buta.BUTA SEGALA GALANYA.

    BalasPadam
  3. Kononnya di JB tak boleh. Bagaimana mekanisma dia tak tau lah.

    Di benarkan isi minyak sekiranya Melaka dan keatas. Ertinya Genting Sempah ok.

    Pokoknya ada jarak tertentu dari Singapore baru mereka boleh isi minyak dengan harga Malaysia.

    BalasPadam
  4. yang comment ni marah² menteri kenapa? dia punya keja ka buat spot check siap satu stesen minyak? ini bangang punya tuduhan.. yang salah tu kedai jual minyak. dorang dah lekat la kat tingkap mereka arahan tersebut. tp xikut.. so salah siapa? kalau dah ada maklumat salur la cara baik kepada pihak berwajib bukan nak salahkan menteri sorang.. cuba korang jadi menteri aku nak tgk.. kalau salah sikit bagi aku sekeh kepala korang.. komplen pandai buat tengok!

    MoCk

    BalasPadam
  5. Panjang isu video ni ke Kementerian Pengguna. Jadilah penguna bijak laporkan segala salah laku penjual. Bukan hanya stesen minyak shj tetapi semua jenis premis perniagaan. Insyaallah mudah sikit pihak berwajib mengambil tindakan.

    BalasPadam
  6. entah..kot ya pun nawaitu tu nak cari salah kerajaan...waras lah sikit...bukan tugas menteri nak pi check setiap stesen minyak...selaku rakyat yang prihatin buatlah komplen dengan bijak kepada saluran yang sewajarnya..lepas tu buat salinan komplen tu pada pak menteri dan kita tengok apa respon beliau...ni tidak sikit sikit mintak letak jawatan..sikit-sikit tak layak jadi menteri..orang lain tak pandai kita je yang bijak segala...menyampah teman.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online