BREAKING NEWS

PANAS!!! Abby BELASAH orang berdemo bantah hina Islam..


Maaf lah ye.., kali ni gua sokong Ostazah Abby.. Kalau korang teliti betul-betul gambar demonstrasi kat atas tu, memang terdapat kesilapan yang nampak sangat bodohnya!

Gelak masa demo pertahankan imej Nabi tu dah satu perkara yang tak patut.., lepas tu tulis nama Nabi sendiri pun tak betul.. Itu lagi tak patut beb!!

Gua malu ada melayu/Islam macam tu dalam negara ni.. Dan gua lagi malu bila dorang tu mengaku ahli Umno dan jadi penyokong kepada Ali Rustam..

Bagi gua, kali ni memang patut Ostazah Abby pertikaikan sikap 2-3 ekor mangkuk hayun yang memalukan imej Umno tu..

Kalau nak bergelak tawa, pi konsert la baii... Apa kejadahnya gelak-gelak masa orang lain serius tunjukkan bantahan terhadap filem yang menghina Rasulullah?

Dan mangkuk tingkat yang pegang banner tulis nama Nabi pun tak betul tu.., gua nasihatkan supaya pergi belajar mengeja balik..

Buat malu umat Islam je beb bila nama junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pun dia tak tahu!! Dah tua-tua pun bodoh!!

Lain kali, kalau tak tahu tu kena belajar.., jangan main redah je.. Orang berdemo, dia pun nak berdemo.. Kan dah menyusahkan!!!



p/s: Gua kutuk orang Umno ni dapat pahala tak? Hahahaha...

3 ulasan :

  1. Terima kasih kepada saudara penulis yang tidak memandang ringan kepada isu2 berkaitan Agama dan Nabi junjungan kita. Kekalkan pendirian anda dan mudah mudahan Allah memberi cahaya hidayah serta memberkati usaha dan doa anda. Saya juga mendoakan yang terbaik untuk anda. Cuma saya berharap janganlah dibenci atau di caci saudara2 kita itu. Niat mereka baik. Mungkin mereka tidak perasan kesilapan tulisan tu. Semoga ianya tidak berulang di masa akan datang. Takbir, Allah Huakbar!

    BalasPadam
  2. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  3. Saya bersetuju dengan penulis yang marah kan kesilapan tulisan Nabi junjungan kita. Sememangnya tidak boleh di pandang ringan. Wbp kali ni saya kurang bersetuju pulak dengan Abby. Kepada Abby, saya hormat dan gembira dengan keputusan anda untuk memperjuangkan Islam. Tetapi dlm masa yang sama please don't judge the book from its cover. Kiranya apa yang Umno buat itu sesuatu yang baik dan mulia, kita kena tetap sokong. Begitu juga kiranya anda menyokong Pas, Alhamdulillah, tetapi janganlah anda membenci Umno. Tidak salah jika anda beranggapan Pas lebih baik daripada Umno. Itu pandangan peribadi anda yang semua orang perlu hormati. Tetapi jika ditanam sifat membenci pada saudara Islam kita yang lain, itu sememangnya salah. Nabi junjungan kita menyebarkan Islam pada golongan kafir adalah kerana kasih sayang untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan menyelamatkan mereka daripada dahsyatnya balasan akhirat. Itu orang yang kafir, inikan pula saudara2 Islam kita didalam Umno. Kasihlah mereka dan doakanlah mereka. Kesimpulannya Abby, ikhlas atau tidak hanya Allah yang tahu. Soal Ruh dan Ikhlas itu urusan Allah. Saya doakan yang terbaik untuk semua saudara2 Islamku. Salam...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online