BREAKING NEWS

Ostazah Aishah akan bertanding di P131 Rembau??

Aishah didalam satu kenyataan kepada lidah rasmi Pas, mengaku terima ajakan untuk bertanding atas tiket Pas di satu kawasan Parlimen di Negeri Sembilan pada PRU13 nanti..

Tapi.., Aishah kata dia akan kaji dulu tawaran untuk jadi calon Pas walaupun ada dakwaan bahawa Aishah ada peluang besar untuk menang di kawasan tu..

Korang agak, Parlimen manakah di Negeri Sembilan yang dimaksudkan oleh puak-puak Pas tu semua? Dan siapakah lawan bagi Aishah?

Gua dimaklumkan oleh sumber dalaman Pas di sana, Aishah mungkin akan diletakkan sebagai calon di kawasan Parlimen P131 Rembau..

Dan korang tahu tak sapa yang jadi Ahli Parlimen Rembau sekarang ni? Sapa lagi beb kalau bukan Haji Khairy Jamaluddin.., menantu babah yang fofuler tuu..

Walaupun kerusi tu adalah milik PKR sebelum ni, tapi gua difahamkan ada perjanjian sulit yang dibuat antara Pas dan PKR..

So pada pandangan gua, kalau senario ni jadi kenyataan, Khairy memang tak ada can untuk menang kalau dia bertanding di Rembau tu beb..

Korang kena ingat..., Aishah tu kan 'PAKAR' Janji Manismu..., mana menantu babah tu boleh lawan Janji Manis yang bakal ditaburkan oleh Aishah..

Kalau Khairy janji nak buat Hospital di Rembau.., Aishah akan JANJI untuk bagi rawatan percuma kepada semua pengundi disitu..

Kalau Khairy janji nak buat jalan.., Aishah akan JANJI untuk bagi kereta murah lah pulak...

Biasalahh.., Janji Manismu lah katakann.. Mana Khairy boleh lawannn.. Hahahahaha...

1 ulasan :

  1. kalau KJ janji nak buat U kat Rembau??konfem le Kak Ecah janji utk bg pendidikan percuma ye tak...Janji Manismu tu...hehehehe....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online