BREAKING NEWS

Kereta TERBARU Lee Chong Wei... Harga RM2 juta beb!!!


Inilah kereta baru pemain badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei.. Bentley Continental GT yang berharga RM 665'000 tak termasuk cukai jalan beb..

Gua dimaklumkan, kereta ni kalau dikira dengan cukai jalan di Malaysia, harganya mungkin mencecah hampir RM 2juta..

Sebelum ni, Lee Chong Wei dah pakai Nissan GT-R R35, BMW X6 Coupe dan Proton Inspira 2.0.. Inspira tu sebenarnya dia dapat free hadiah dari Proton..

Dan tahun lepas, Chong Wei dah jual GT-R dia untuk beli sebuah Ferrari F430 berwarna putih.., kali ni khabarnya, Chong Wei 'sambar' pulak Bentley Continental GT ni beb..

Perghhh..., tak sangka ye.., main badminton je boleh pakai kereta harga juta-juta... Ni yang buat gua bersemangat balik nak asah bakat terpendam gua dalam arena badminton..

Gua rasa, petang ni jugak gua nak start balik training badminton dengan reket kayu gua.. Gua nak ajak Dr MiM training di padang USM..

Ada sesapa lagi yang teringin nak jadi sparring partner gua? Jangan bimbang.., gua tak akan rasa terancam dan acu pistol pada korang....

Lagipun.., gua mana ada pistol macam bodyguard Anwar tu beb..., Pistol air pusaka tok nenek moyang ada laa... Hahahahaha...



8 ulasan :

  1. kah kah kah...lu orang main badminton kat padang USM jerk sebab tuh sampai ke la tak terrer

    BalasPadam
  2. tahniah Chong Wei.....Gua pun sama macam MPP,Ada pistol je tapi pistol krturunan yang terjadi dari tulang lembut dan dibaluti dengan daging dan kulit tapi gua tak salah gunakan macam siAN*** tu.

    BalasPadam
  3. admin lu main dgn wa la kalau lu hebat, tp 2 vs 1 la, wa kena ada backup , dh lama x main

    BalasPadam
  4. tapi wa takut gak, kalau lu kalah nanti, lu akan lempar cat merah kat muka gua. susah nak tanggal beb. kahkahkah

    BalasPadam
  5. admin kalo kalah dia panggil org buat roadblock kt depn dewan..baling cat la..mencarut la

    BalasPadam
  6. Cuba kira balik semua wang kemenangan dia - cukup tak untuk beli kereta2 tu semua. kalau dia buat loan, betul ke ada finance company yang sanggup bagi dia hutang bila dia anytime boleh hilang "kerja" kalau tangan patah?

    ada tak kemungkinan dia dapat duit banyak dari bookie?

    hmmm...

    BalasPadam
  7. LCW kan ade syarikat sendiri. selain main badminton dia pun ade buat bisnes. takkan x penah dgr kt berita yang opis dia penah kena rompak dlu...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online