BREAKING NEWS

Isu Vanidah Imran : Artis jangan jadi buta agama...

Sekarang ni kecoh betul kes Vanidah Imran dan juga suaminya yang dinasihatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya pasangan tu merujuk kepada Pejabat Agama..

Ini berikutan dialog pasangan berkenaan dalam filem terbaru dorang iaitu Untuk 3 hari yang dikatakan boleh membawa penceraian pasangan suami isteri tersebut..

Yang peliknya, Vanidah hari ni dengan selamba menolak saranan Mufti terbabit dan membuat kenyataan bahawa tak berlaku penceraian didalam perkahwinan dorang..

Bagi gua, tak salah kalau Vanidah dan suami ikut apa yang dinasihatkan oleh Mufti tu.. Tak rugi pun sebenarnya kalau difikirkan beb..

Apa yang susah sangat bagi Vanidah dan suami dia tu nak rujuk ke pihak yang lebih arif? Takkan dorang rasa dorang lebih bijak dari Pejabat Agama kot?

“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,” katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” tegasnya.

Pada pandangan gua, soal agama ni jangan sesekali diambil mudah.. Agama tu bukan alat untuk dipersendakan beb..

Cukuplah ada 2-3 kerat artis yang mempersendakan agama bila join parti politik.., jangan ada pulak artis yang 'jual' agama demi skrip filem pulak..

Dan sekiranya betul seperti yg dikatakan oleh Mufti, rujuklah kembali kepada yang berwajib atau yang lebih arif walaupun kita perasan yang kita bukan jahil dalam soal agama...

Takkan Vanidah dan suami takut untuk terima kebenaran kot? Kalau rasa diri tu betul, apa yang nak ditakutkan?

Mungkin pasangan artis tu nak tunggu Ostazah Abby bagi nasihat gamaknya.. Tak pun tunggu Bob Lokman ataupun Kak Esah bagi tazkirah..

Cuma gua harap.., jangan panggil Badrulamin atau Mat Sabu dah laa... Dua-dua tu pakar nasihat dalam bilik je beb.. Hahahaha...

3 ulasan :

  1. Aku setuju SS Mufti. Bukan hak Vanida utk decide. Yg decide jatuh/tak ialah hakim mhkmah syariah.

    BalasPadam
  2. aku rimas betul la dgn mamat blog ni,kepo mcm nk mampus,org nk kearah kebaikn pun salah,abby,bob and kak esah tu nk kearah kebaikan,ko tu ble lagi,jgn asyik nk cari aib org,sedgkn kain sendiri koyak pun xsedar..insafla wahai kepochi

    BalasPadam
  3. Setuju sejuta kali ngan tanpa nama says... patutnya kita sokong org yg berubah ke arah kebaikan bukannya bermulut longkang...baik perbetulkan diri sendiri dulu !!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online