Beb.., kalau nak raikan hari sambutan ARAK sekalipun, tak ada ke artis bukan melayu/islam yang boleh menyanyi? Apa kejadahnya nak cari artis melayu jugak untuk buat persembahan?
Dan yang artis-artis pompuan tu pun satu.., takkan dah tak reti bezakan majlis sambutan ulangtahun syarikat ARAK? Takkan semua main bedal je semata-mata kerana bayaran?
Gua yakin, nanti mesti ada alasan dari pihak tersebut bahawa dorang cuma menyanyi je.., bukannya minum arak punn..
Masalahnya.., program yang dorang menyanyi tu galakkan penggunaan alkohol pada pengunjung dorang.. Malah syarikat arak tu siap promosi arak murah pada majlis tersebut..
So.., sanggup ke artis melayu/islam tu bersekongkol menjayakan majlis promosi arak? Kalau dorang sanggup jugak, itu dorang punya pasal lah beb..
Gua dah laksanakan tanggungjawab gua dengan memberi teguran..
Dalam bahasa mudahnya, Arthur’s Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness. Dan seperti biasa, akan adalah disko di sini yang mengadakan konsert sempena ulang tahun itu.
Pada 28 September ini, ia akan diadakan di Souled Out Hartamas. Pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung kelab berkenaan.
Yang sedihnya, dua artis terkenal kita iaitu Ning Baizura dan Mizz Nina pun akan membuat persembahan sempena majlis tersebut.
Sebagai seorang Muslim, kita tertanya-tanya juga kenapa mereka berdua bersetuju untuk sama-sama meraikan, malah menghiburkan majlis yang terang-terang menggalakkan penggunaan alkohol kepada pengunjungnya itu. Malah Mizz Nina sendiri bukanlah pertama kali menyertainya.
Ke mereka ingat alkohol dan nyanyian adalah dua benda berbeza atau macam mana? Atau mungkinkah ‘imbuhan’ yang diterima adalah segala-galanya?
Ye, kita mungkin tak layak menghukum mereka cuma kita bimbang mereka yang ‘menghukum’ diri mereka sendiri…. ~ MynewsHub..
Hantar Abby Abadi pi dakwah gang2 dia ni...
BalasPadamMungkin mereka akan berkata....kami hanya menari dan menyanyi saja....sesuai dgn status kami. lagi pum laki aku tak marah....lu orang duduk diam2
BalasPadamset2setan
BalasPadam