BREAKING NEWS

HOT!!! Abby belajar agama tak habis.. [WAJIB BACA]


Kesan dari kenyataan Abby dalam ceramah tersebut, ramai yang jadi haru biru beb.. Gua tak salahkan orang awam.., tapi gua salahkan Abby!

Abby Abadi dipetik sebagai berkata yang seseorang lelaki jika memakai seluar diatas lutut (tidak menutup aurat) lebih dari 3 kali, maka tidak sah baginya untuk menjadi wali.

“Macam tu juga dengan lelaki. Kalau 3 kali je dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan”

Sebenarnya, Abby tu belajar agama tak habis.. Dia cuma copy paste apa yang dia dengar dari orang lain tanpa mampu bagi pencerahan untuk orang ramai faham dan tak keliru..

Kalau ikut kenyataan Abby, semua lelaki yang pernah tak tutup aurat, dah tak layak jadi wali.. Habis, macam mana pulak bagi lelaki yang dah pernah terlanjur jadi wali sebelum ni? Sah ke nikah anak-anak dorang beb?

Ini yang Abby tak cerita.. Gua anggap Abby tak tahu atau tak faham maksud sebenar wali fasik yang cuba dia ceramahkan pada orang ramai malam tu..

Gua pun bukannya pandai sangat, tapi sekurang-kurangnya gua tahu serba sedikit pasal isu ni dan gua cuba jelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Abby tu..

Sebenarnya.., buka aurat hukumnya berdosa beb.. Lakukan dosa lebih 3 kali dengan sengaja boleh jadi fasiq.. Kena ingat betul-betul tu ye kengkawan...

Dan orang fasiq ni memang tidak layak menjadi wali. Tapi korang kena faham satu perkara.., cara nak jadi wali yang sah hanyalah cukup dengan insaf dan bertaubat.

Jadi.., kebiasaannya sebelum akad nikah dijalankan, wali akan disuruh beristigfar. Ini dikira telah bertaubat atas segala maksiat dan mungkar yang dilakukan sebelumnya.

Sebaik selepas beristigfar, mengucap syahadah (dibaharui iman) barulah akad nikah dijalankan. Apabila wali telah bertaubat, ketika itu dia bukan lagi seorang fasik.

Jika selepas akad nikah, dia melakukan semula maksiat dan mungkar, maka itu tidak menjejaskan kredibilitinya sebagai wali ketika akad nikah yang telah dijalankan.

So apa yang Abby ceramahkan tu 'tergantung' beb.. Boleh membawa kekeliruan pada umat Islam keseluruhan..

Inilah jadinya bila orang yang tak faham agama tapi ambil upah untuk bercakap pasal Islam di pentas politik.. Habis semua jadi caca marba beb...

Dibawah ni ada sedikit pencerahan dari islam.gov tentang isu ni yang gua tepek kat sini untuk pengetahuan kita bersama...

Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar seperti..,

- membunuh

- berzina

- minum arak

- merampas harta

- meninggalkan solat fardhu dengan senghaja

- mencuri

- menderhaka kepada ibu bapa

- atau melakukan dosa kecil secara berterusan

- atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya

tetapi jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali.

Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?

Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasik tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,

‘Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil’. ~(Riwayat Ahmad)

Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama, mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak melakukan dosa-dosa kecil.

Wali bersifat adil disyaratkan kerana ia dianggap bertanggungjawab dari segi kehendak agama ketika membuat penilaian bakal suami bagi kepentingan dan maslahat perempuan yang hendak berkahwin itu.

Manakala wali fasik pula, ia sendiri sudah tidak bertanggungjawab ke atas dirinya apatah lagi hendak bertanggungjawab kepada orang lain.

Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil atau fasik adalah memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun memadai wali itu mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai kefasikan secara batin adalah susah.

Walau bagaimanapun jikalau Sultan atau Raja itu fasik yang menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali maka kewalian itu tetap sah kerana kesahihannya diambilkira dari segi keperluan terhadap wali Raja.

Sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan sebagainya, telah mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi wali, selepas beristighfar.

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah mengingatkan bahawa seseorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan geraklaku calon suami, jangan sampai mengahwini saudara perempuan dengan seorang lelaki yang buruk budi pekertinya atau lemah agamanya ataupun yang tidak sekufu dengan kedudukannya.

Sekiranya ia mengahwinkan puterinya dengan seorang lelaki yang zalim atau fasik atau yang lemah agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar perintah agamanya dan ketika itu ia akan terdedah kepada kemurkaan Allah swt, kerana ia telah mencuaikan persoalan silaturrahim (perhubungan tali kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.

Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah telah datang meminta nasihat kepada Al-Hasan, Katanya:

‘Telah banyak orang yang datang meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang harusku kahwinkan dia’. Berkata Al-Hasan: ‘Kahwinkan puterimu itu dengan orang yang banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya mencintainya kelak pasti ia akan dimuliakan. Tetapi jika suaminya membencinya maka tiada dianiayainya’.

3 ulasan :

  1. kalau camnie nye ajaran ostazah Abby...Norman Hakim dgn Memey Suhaiza pon haru biru kalau bermadu dgn ostazah glamour nie gamak nye...hehehe...

    BalasPadam
  2. hadoiiii pmpn ni dibayar untuk mnyebarkan fitnah dan kekeliruan untuk membawa perpecahan di kalangan umat2 ISLAM. jgn la kita pelik atau terkejut atau terpengaruh dengan apa yg keluar dari mulut pmpn ini

    BalasPadam
  3. ni wali nikah ke wali Allah?
    pening2..
    blajar la agama ngan org yg berilmu..bkn blajar agama ngan org yg bpolitik..sengal btol la

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online