BREAKING NEWS

Gambar TERKINI Mazuin Hamzah di Perkahwinan Diraja anak Sultan Brunei..

Kalau korang nak tahu, inilah gambar terbaru Hajjah Mazuin binti Hamzah.. Mazuin ni merupakan antara artis cun dan popular pada tahun 80-an yang memang jadi kegilaan ramai jejaka-jejaka di Malaysia.. (termasuklah gua..)

Gambar ni diambil sewaktu Hajjah Mazuin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja, Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas.

Untuk info, Mazuin merupakan bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri.

Pada tahun 1987, Mazuin menjadi artis pertama di negara ni yang diangkat sebagai Permaisuri kepada kerabat diRaja apabila berkahwin dengan adik Sultan Brunei..

Mazuin telah dilamar oleh kerabat diRaja tersebut dengan wang hantaran RM1 juta, setelah Pengiran Sufi jatuh hati dengan Mazuin ketika dia mengadakan persembahan di negara tersebut..

Malangnya, perkahwinan selebriti ni hanya bertahan selama 17 tahun dan terlerai ikatan diantara keduanya pada tahun 2004.

Sekarang ni, khabarnya Mazuin dan anaknya telah menetap di Singapura setelah lama bermastautin di London..

Apapun, jodoh pertemuan ditangan Tuhan.., kita cuma hanya mampu merancang.. Dan gua harap, semoga Mazuin berbahagia disamping anak-anak beliau..



18 ulasan :

  1. Sepupu amy mastura. Muka pun sebijik amy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tengok wajah Mazuin,teringat dengan kumpulan Quinery M..maaf kalau ejaan kumpulan tu salah...ingat-ingat lupa...

      Padam
    2. ruhayanorhijah roslan3 Julai 2013 pada 8:53 PTG

      salam. sy jugak salah seorg peminat setia mazuin dr 1990 - 2013. x penah lupa raut wajah n suara merdu beliau. trlalu bhajat nk jmp face 2 face tp apakan daya.moga mazuin bhgia bsama ank2.

      Padam
  2. rindu ngan awin....cun nye awin suatu tika dulu

    BalasPadam
  3. Dah lama tak dengar berita...rindunya...

    BalasPadam
  4. Dah lama tak dengar berita...rindunya...

    BalasPadam
  5. Smoga awin bhgia dng khidupannya skarang..from shima

    BalasPadam
  6. ruhayanorhijah roslan3 Julai 2013 pada 8:56 PTG

    rindu sgt nk jmp mazuin face 2 face.
    suka tgk wajah cute mazuin

    BalasPadam
  7. wakakakaaaa......menangis mcmni x habis2 lg.....

    BalasPadam
  8. ohh patutla sama muka amy mastura...

    -smh-

    BalasPadam
  9. Quinary M tu mmg ler kump die dulu sama abg, kakaknye...die main drum..lagu yg hot mase tu janji palsu...

    BalasPadam
  10. Sdr. Maz Lan,

    Ceritanya menarik dan bolehlah dikongsikan. TK.

    BalasPadam
  11. Kisah sedih...teringin sgt nk jumpa mazuin ni.

    BalasPadam
  12. Kalau bole nk dptkn lg info ttg mazuin ni...

    BalasPadam
  13. Rindu nk tgk wajah terkini awin, dan kisah kehidupannya sekarang...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online