BREAKING NEWS

Gambar Nik Aziz flip flop.. Cakap tak serupa bikin!!!


Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin beb.. Sambut Maulud Nabi dikatakan bidaah dan menyalahi agama.., tapi sambut harijadi tak apa pulak ye Pok Nik?

Gua pun heran.., adakah Islam ada hukum yang berbeza-beza? Bila kena UMNO semua haram tapi kalau PAS buat semua ok??

Korang ingat lagi tak.., dulu bila UMNO bersatu dengan MIC dan MCA, terus UMNO dikafirkan melalui Amanat Haji Hadi kononnya UMNO bersatu dengan kafir maka jatuh kafir..

Tapi bila PAS bersatu dengan DAP dan PKR, tak pula jatuh kafirnya malah dikatakan penyatuan untuk kebaikkan. Macam Haram!!

Gua suka untuk ulang satu cerita benar yang membabitkan sifat munafik Pok Nik..

Kalau korang ingat lagi, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan.

Tapi Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

12 ulasan :

  1. TG ni kata sambut maulidurrasul utk memperingati kelahiran nabi satu keje tak sudah..bidaah

    tapi TG buat sambutan hari utk dia boleh plak.. siap potong kek lagi

    BalasPadam
  2. Engkau tu yang bodoh. Setakat mengatakan Bidaah mana lengakap. Bidaah tu ada dua samaada Bidaah Dolalah atau Hasanah. Malah mencetak dan membuku Al-Quran tu pun Bidaah tapi Bidaah Hassanah. Kau yang Bengong!

    BalasPadam
  3. Engkau tu yang tak faham perkataan Bidaah. Bidaah tu ada dua cabang. Bidaah Dolalah (yang salah & terpesong)dan Bidaah Hasanah yang baik. Bahlul!!. Pergi sekolah balik lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekolah mana yg mengajar ilmu yg mengatakan bila PAS buat boleh semua, bila UMNO buat semua salah, mai habaq sikit....!

      Padam
  4. Potong kek dan pakai kot,nampak mcm org putih Kristian sikit

    BalasPadam
  5. Ulamak zaman moden. Lain di kata, lain dibuat. Ada masa pulak orang2 besar buat sambut2 bday, ingat budak2 aje.

    BalasPadam
  6. Adoii laaa umno ooii.. x tau nak beza yang mana satu maulid nabi dengan potong kek....adoiii...

    BalasPadam
  7. ala...anon 12:39 takyah ckp banyak la...kalau nak buat besday jemput je Pok Nik tolong potongkan kek sekali....ish ish ish....

    BalasPadam
  8. org tua ni bodo tp manusia yg sanggup mnjadi pengikut lg bodo bangang hahaha

    BalasPadam
  9. Ada masjid ng surau rajin2 la g menuntut ilmu.. bka balik kitab pasal bidaah.. jgn pkai tuduh, maki2 je.. idup kt dunia ni smntara je.. Wallahualam..

    BalasPadam
  10. itu yang saya x berkenan dengan puok2 ni....dulu saya x pernah miss ceramah hebat mereka tapi selepas mereka mula merapu, berbaik dengan org yg mereka anggap kafir dulu tapi dah jadi kawan, mengahalalkan yang haram, ALLAH boleh mencarut, doa lakanat kat sesama bangsa dan agama, semua orang buat x betul, kena batang hidung x po, kalau najib orang taja pergi haji kira rasuah tapi depa orang taja x pa plak....pas tu UMNO dan media juga yang salah....salah tulis dan konspirasi politik kononnya....nasb baiklah ada pihak yang berani bongkar.......banyak lagi kalau nak bongkar tu.....itu baru sekejap pegang state kalau lah mereka 55 tahun perintah negara sama je apa yang berlaku.....dulu berbangga kononnya UMNO parti berpecah belah suko cah keting atau kerat kawan2....la ni pi la tanya kat kedah tu...kat klate pun supo......dia orang dah mula main kotoq sesama kawan.....ala tengokla exco di negeri jelapang padi tu....terang2 boikot MB......kalau kena kat UMNO depa jaja satu malaysia.....wooooooooi hangpa x sedaq lagi ka....bangun la jangan dok kena tipu

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online