BREAKING NEWS

Dibelasah akibat meniduri bini kawan sendiri..

Akibat menjalin hubungan sulit dengan isteri rakan sendiri, seorang lelaki dibelasah teruk selepas dia ditemui berdua-dua dalam bilik.

Dalam kejadian di Apartmen Idaman petang semalam, warga Bangladesh itu ditumbuk dan ditampar selepas rakannya yang juga suami kepada wanita itu pulang ke rumah secara tiba-tiba.

Menurut sumber, rakannya itu naik berang suspek dikatakan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia ditumbuk dan diterajang.

“Pergaduhan dua rakan baik itu berakhir selepas anggota biro keselamatan Apartmen Idaman hadir dan menenangkan keadaan,” katanya.

Katanya lagi, setelah disoal siasat suspek sering ke rumah suspek untuk meniduri isteri rakannya yang merupakan warga Indonesia.

“Suspek diberi kata dua untuk berpindah ke tempat lain selepas dia mengaku kesalahan yang dilakukan,” katanya

Lelaki itu yang cedera di bahagian muka dan dihantar klinik berhampiran untuk rawatan lanjut. -SH


p/s: Padan muka!! Bini kawan sendiri pun nak sapu jugak ke? Memang patut kena belasah kaw-kaw.. Ni semua nak tiru Nuar lah nii..

Tapi Nuar takpalahh.., kawan baik dia tak marah walaupun bininya dikongsi bersama.. Duniaa.., duniaaa...

1 ulasan :

  1. Tapi Nuar takpalahh.., kawan baik dia tak marah walaupun bininya dikongsi bersama.. Duniaa.., duniaaa...

    ---------------------------------------------

    eih...jgn kata bini orang...chinadoll siam...jantan jambu a.k.a anak ikan pon Bang Non blh bedal nye...hehehe...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online