BREAKING NEWS

Bajet BODOH dari Anwar untuk tipu rakyat...

Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.

“Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?

“Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata, beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR.

Jelasnya, bajet itu adalah “tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkannya tertawa.

“Ia (bajet) membuatkan saya ketawa ... Itu bajet tidak bertanggungjawab.

“Bukan seperti BN, kami melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet kami, dan bajet PR ini hanya untuk membeli undi rakyat,” katanya sambil menyindir Anwar sebagai “syok sendiri” dengan pengumuman bajet tersebut.

“Semua dia nak, perdana menteri, menteri kewangan, buat bajet, beliau seperti syok sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu, ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun menegaskan, idea PR untuk menghapuskan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam bajet tersebut bukan sesuatu yang praktikal kerana hanya akan mengakibatkan projek sedia ada yang sedang dibangunkan akan terbengkalai.

Pengerusi Skim Permodalan Nasional Berhad (SPNB) ini juga menegaskan cadangan itu lebih kepada menghentam dan menghancurkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan kerajaan sedangkan apa yang dibina dan dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan rakyat

“Proses yang dilaksanakan kerajaan itu adalah proses percambahan untuk memperbanyakkan lagi syarikat bagi membolehkan lebih banyak projek kerajaan dapat disiapkan.

“Ia juga dapat mengelakkan monopoli kerana setiap projek perumahan dan apa yang cuba dijanjikan pembangkang melalui bajet bayangan mereka itu hanya akan akan mewujudkan unsur yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya lagi.

Dalam pembentangan bajet mereka hari ini, PR dilihat menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia.

Ketua Pembangkang itu berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.

Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.

1 ulasan :

  1. Setakat main air liur je sape pun boleh buat tapi adakah janji tu ditepati..tengok saja manifesto pilihanraya tak ditunaikan pun, pabila dipersoalkan dikata bukan satu perjanjian yang harus ditunaikan.

    Nuar brahi takde kata dalam baget dia tu ke nak adakan peruntukan membeli jet mewah sendiri (sekarang ni sewa), kapal dan bot mewah untuk kegunaan dia. Baru jadi ketua pembangkang dah tunjuk dia punya kuasa bermewah..kalau jadi PM entah laa..patutlah waktu kejatuhan ekonomi tahun 1977 dia nak pinjam duit bank dunia untuk mengatasinya..nasib baik laa Tun Mahathir bijak dan cepat mengambil keputusan mengenai ringgit Malaysia..kalau tak sudah tentu negara ni tergadai disebabkan Timbalan PM merangkap menteri kewangan yang bijak sangat ..bijak untuk memperkayakan diri dia dan keluarga serta kroninya.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online