BREAKING NEWS

Apa ada dengan tunjuk punggung? 2-3 hari lagi lepas lah tuuu...

Walaupun ramai yang suka bila pencacai Pakatan yang 'berak' atas gambar Najib sudah ditangkap oleh Polis, ada sahabat gua yang yakin budak tunjuk punggung pada gambar Najib tu tak akan dikenakan tindakan serta akan dibebaskan lagi 2-3 hari lagi..

Gua mula-mula tak setuju dengan apa yang member gua ni kata beb.., tapi setelah dia bagi penjelasan, gua terpaksa akurrr..

Mengikut kata beliau, memang dah banyak kali kesalahan yang membabitkan puak-puak Pakatan ni akan dilepaskan macam tu je selepas ditahan oleh Polis..

Dan rakyat dah banyak kali 'tertipu' dengan tindakan flip flop Menteri yang bertanggung jawab menguruskan hal ehwal keselamatan dalam negeri..

Dalam hal ni.., gua sendiri mengaku dan setuju dengan apa yang member gua cakap.. Memang ada betulnya Menteri kita yang sorang ni 'agak lembik' dalam membuat keputusan..

Kalau di zaman Syed Hamid Albar dulu, memang lunyai lah puak-puak Pakatan ni semua kena beb.. Tu belum cerita pasal zaman Tun Mahathir pegang jawatan tu pada 1987..

Jangan lupa macam mana Tun M buat Operasi Lalang.. Terkincit semua puak pembangkang dan cina kiasu masa tu...

Tapi sekarang ni, nampak benar kurang tegasnya Menteri yang sedia ada.. Korang cuba bayangkan, kes hina Sultan pun boleh biar macam tu je beb..

Jadi kalau kes hina Sultan dan Raja pun boleh lepas.., apa nak harap pasal kes hina gambar Perdana Menteri..

Gua juga dimaklumkan bahawa Menteri tu marah bila orang pertikaikan ketegasan dia dalam membuat keputusan dan juga tindakan.., tapi itulah realiti yang rakyat sedang tengok..

Takkan yang buruk pun nak dikata cantik hanya kerana nak jaga periuk nasik.. Itu namanya tak ikhlas buat kerja beb.. Salah tetap kena tegur.., yang baik tu gua tetap akan puji.. Don't worry!!

Menteri tu kena ingat.., gua tegur ni kerana gua masih sayangkan pemerintahan sedia ada.., bukannya gua benci pasal kelembikan beliau..

Kalau nak dikira kaki bodek yang ada disekeliling tu.., Of Course lah dorang bodek dan jilat sebab ada kepentingan peribadi..

Jangan sampai sokongan yang ada tu membawa rebah.., yang ruginya negara jugak beb.. Peace!!!

5 ulasan :

  1. Secara pribadi, aku mmg sokong menteri Dalam Negeri skg lembik. Kementerian mana dia duduk semua hancuss... sebut je la kementerian apa pun. So pak Najib, harap bukak la mata. Jgn lantik menteri kabinet smata-mata sbb saudara. Kalau tak reti buat keja, pecat je.

    BalasPadam
  2. yang heran nya ada beberapa pembodek2 pak menteri kata, menteri KDN lah yg paling tinggi KPI..siapa yang bagi KPI tu, bagi rakyat yang memilih BN rasanya KPI menteri KDN lah paling buruk.

    kalau najib tak amik tindakan...biar rakyat yang buat pilihan nnt. silap haribulan tertungging parlimen menteri KDN itu kalu masih di calonkan.

    BalasPadam
  3. Itu sebabnya Menteri Dalam Negeri mesti dilantik dari kalangan mereka yang berani buat keputusan yang tegas. Dia tidak takut kepada sesiapa kecuali Tuhan yang disembahnya siang dan malam.

    Tidak ada Menteri Dalam Negeri yang boleh menandingi keberanian dan ketegasan Allahyarham Tun Dr Ismail hingga sekarang. Keberaniannya sama seperti Tun Dr Mahathir sekarang. Mereka tidak memberi muka kepada pengkhianat negara. Tidak ada tolak ansur dengan perosak bangsa dan negara.

    Kesemuanya jadi lemah di bawah bekas Perdana Menteri Pak Lah.Beliau lebih minat dipanggil Mr Nice Man.Kita harap perkara yang sama tidak berlaku di bawah Najib tapi nampaknya harapan kita akan tinggal harapan saja. Apakah kita lebih rela berputih mata melihat saja apa yang berlaku pada masa kini?

    BalasPadam
  4. Menteri Dalam Negeri Skrg ni bukan lembik saudara2 sekalian ye... Tapi dia guna akal untuk bertindak. Ada keseimbangan yg perlu di jaga. Tambah2 dlm keadaan sekarang dimana kekuatan pembangkang semakin berkembang. Klu zaman masa kuat dulu boleh la guna sistem kuku besi. 5 orang marah tetapi 50,000 yg menyokong. Ttp sekarang berlainan keadaannya. Pentas politik telah berubah corak dan adunannya. PM lebih tahu kelebihan dan kekurangan Menteri2 beliau. Klu korang tak yakin dengan pilihan2 Menteri oleh PM maknanya korang mmg tak yakin dengan kredibiliti PM la mcm tu betul tak? Jgn lah korang tambah lagi keretakan pada situasi skrang ini. Satu lagi korang jgn lah nak mengutuk sgt Pak Lah dan Najib. Bukan hanya mereka berdua shj yg perlu di salahkan. Dr Mahathir juga sedikit sebanyak adalah penyumbang kpd masalah yg berlaku skrg ni. Byk2 kan membaca tentang perjalanan sistem ekonomi dan politik untuk 15 hingga 20 tahun yg lepas. Damage yg dibuat oleh Dr. Mahathir ditanggung hasilnya oleh pemimpin selepas beliau. Najib full swing sejak hari pertama dia bergelar PM sehingga hari ini, bahkan ada juga tindakan2 yg dia ambil beliau adalah lebih hebat dan popular berbanding Dr Mahathir, ttp keadaan tetap sama iaitu tetap meruncing. Apa salah Najib dan apakah salah Pak Lah? Apakah kesilapan Dasar yg paling besar yg telah mereka buat? Mereka hanya meneruskan legasi pemerintahan yg ditinggalkan oleh pemimpin sebelum mereka. Klu dikaji semula, kekuatan pembangkang mula meningkat adalah pada masa sebelum berundurnya Dr Mahathir betul tak? So jgn lah guna pendekatan yg sempit dan menggunakan akal yg pendek dgn mengatakan Menteri KDN lembik lah, PM tak tegaslah dan lain2. Kesimpulannya, pada zaman teknologi maklumat hari ini, setiap 1 kekerasan/kesilapan yg dibuat oleh pihak pemerintah adalah merupakan 10 kekuatan percuma yg akan diperolehi oleh pembangkang. Fikirkan-fikirkanlah dan Salam Merdeka..

    BalasPadam
  5. Sebenarnya bukan lembik.
    Cuma Spongebob rasa dorang kesian. Cuba bayangkan siapa yang kena tangkap? Kebanyakan remaja. 18, 19 tahun. Nak bagi masuk lokap? Kalau keluar lokap lepas 5,6 tahun, gelap masa depan tu.

    Kalau kena tahan macam ni pun sebenarnya ada kesannya. Nama dorang kira blacklist dalam rekod polis. Nak cari kerja dengan kerajaan memang susah. silap2 swasta pun reject.

    Takpela. cukup la kot rasa malu masuk tv n paper tu. baru rasa BODOH sikit. Pergi dok tunjuk buntut konon semangat pembangkang, kena tangkap polis, ingat pembangkang nak tolong bersihkan nama dia? Ada otak tak pikir. Perangai tak senonoh.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online