BREAKING NEWS

Anwar upah penulis Australia untuk hentam Saiful Bukhari..

Ramai yang tak sedar, imej Anwar dimata dunia sebenarnya tergugat disebabkan kes liwat dia dengan Saiful Bukhari Azlan..

Walaupun Anwar secara teknikal didapati tak bersalah, tapi peguam Anwar sendiri mengaku bahawa ada berlakunya persetubuhan diantara Anwar dan Saiful kononnya secara sukarela..

Jadi untuk membersihkan nama Anwar di mata masyarakat dunia, seorang penulis bernama Mark Trowell telah tampil dengan sebuah buku menghentam Saiful..

Persoalannya disini, kenapa Mark Trowell backup sangat Anwar? Dan kenapa Mark Trowell sanggup 'membelasah' Saiful yang merupakan mangsa didalam kes liwat tersebut?

Bagi gua, ni semua tak lain dan tak bukan adalah satu lagi agenda Anwar.. Saiful perlu hentam kaw-kaw supaya nama Anwar dapat dibersihkan..

Pasal tu lah penulis seperti Mark Trowell ni diperlukan..

Mark Trowell merupakan seorang peguam dalam kes jenayah di Australia.. Dia mendakwa mangsa liwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" .

Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan berbeza seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia berkata, ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Saya difahamkan bahawa sebagai seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.

"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Trowell mendakwa telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

2 ulasan :

  1. Terima Kasihlah Mark Trowong (Trowell) sekurang-kurangnya dunia akan membaca kes ini dan dunia juga akan mempunyai kesimpulan sendiri.

    Jika dunia percaya itu konspirasi UMNO/BN dan kerajaan, maka dunia nampaknya akur dengan kehebatan konspirasi tersebut..mengalahkan FBI, CIA dan Mosad..

    BalasPadam
  2. Mark Trowell telah pun mengesahkan yang Anwar Ibrahim tu memang pun meliwat Saiful Bahari. Baca buku dia tu kita akan lebih faham dan kenapa kita tahu bahawa kejadian meliwat tu sebenarnya pernah berlaku. Terima kasih kepada Mark yang telah membantu mengesahkan pelakuan liwat oleh Anwar ke atas Saiful......Ngaku jelah Anwar

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online