BREAKING NEWS

Anwar kata Polis tak faham "kerja" bodyguard..

Anwar dalam satu kenyataannya kepada media pro pembangkang kata, Polis tak faham tindakan bodyguard dia yang acukan pistol pada orang awam..

Anwar juga kata apa yang bodyguard dia buat hanyalah semata-mata mempertahankan diri mengikut SOP dan demi keselamatan..

Yang gua pelik.., bodyguard Anwar tu mempertahankan diri dari apa? Bodyguard Anwar tu acukan pistol pada orang awam untuk keselamatan siapa?

Tak pulak gua nampak bodyguard Anwar tu diserang atau dibelasah oleh orang awam kat situ.. Dan gua pun tak nampak bahawa Anwar yang selesa duduk dalam bas diancam keselamatannya..

Takkan dengan botol air mineral dan juga sepanduk, bodyguard Anwar dah berasa terancam beb? Takkan dengan kehadiran beberapa puluh orang awam di simpang jalan, keselamatan Anwar tergugat?

Anwar memang bongkak dan angkuh bila dia suruh Polis tangkap orang yang baling cat pada bas mewah dia.. Anwar langsung tak peduli pasal tindakan SAMSENG bodyguard dia yang sesuka hati acukan pistol pada rakyat..

Bagi gua, ni semua sekaligus membuktikan bahawa Anwar setuju dengan tindakan samseng bodyguard dia yang kurang ajar pada orang awam..

Korang kena ingat beb.., belum jadi Perdana Menteri lagi Anwar dah salahguna kuasa membiarkan pencacai dia ugut rakyat.., cubalah korang bayangkan kalau Anwar jadi PM..

Gua rasa, Anwar akan jadi lebih teruk dari Yahudi Israel kalau dibiarkan pegang jawatan tertinggi negara!!


Anwar berkata anggota polis perlu faham tentang keselamatan dan mempertahankan diri mengikut prosedur standard operasi.

"Polis perlu faham tentang keselamatan dan mempertahankan diri mengikut prosedur standard operasi (SOP.."

“Sama ada dia lakukan untuk pertahankan diri mengikut SOP, polis boleh siasat. Mereka (pengawal peribadi) semuanya mempunyai permit,”

Polis berpakaian biasa menahan pengawal peribadi beliau di tempat kejadian pada jam 3.15 petang. Polis dari Cawangan Khas juga turut berada di tempat kejadian.

“Tidak ada dari mereka yang menyerang bas saya ditangkap,” katanya lagi.

“Ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri dalam negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein),” katanya lagi.

“Mereka ini gangster yang disokong oleh Najib dan Hishamuddin,” dakwa beliau.

Anwar berkata, beliau mempunyai video dan gambar sebagai bukti bahawa kumpulan itu menyerang jelajahnya. ~ TMI

7 ulasan :

  1. Boleh percaya ke bukti video nuar tu..? Video chinadoll yang terbukti 99.9% tulen pun tak boleh percaya..camera tu kan besi...

    BalasPadam
  2. budaya ahli parlimen samseng mcm cite Tamil... Kalau dlm cite tamil, MP nya korup. Kat sini sama gak ke? hehehe

    BalasPadam
  3. kalo admin pelik..ak lg pelik..nape yg dok kumpul tepi &tgh jlan tu..itu mencabul hak jlan..nabi tegah perbuatan tu..DSAI bukn nyer nak ceramah kt org yg xde otak..jd apa ko nak kesah?????come on la..ni negara demokrasi..tapi sian kt admin..mesti blaja takat spm je kn x pun pmr??dpt duit x mcm cybertroopers penagih dadah tu.lg 1 bukn acu pd org tp pada syaiton..mahathir yg ckap

    BalasPadam
  4. Pada asasnya aku kurang setujulah pada tindakan bodyguard DSAI ni. Rasanya niat dia lebih kepada mengacah sbb geram pada kelakuan dan gelagat kebudakan penyokong2 Umno. Mungkin kebudakan, mungkin kurang ajar dan mungkin juga kesamsingan. Yang penting PR jangan terikut rentak mereka. Memang secara umumnya, semua orang tahu budak kurang pendidikan atau dgn kata lain budak2 malas belajar ini adalah merupakan tunjang Umno pada masa ini. Sebab dari Utara ke Selatan ragamnya agak sama. Terutamanya di Melaka, memang agak perlahan kebangkitan pembangkang berbanding negeri lain sbb pencapaian pendidikan mereka yang secara averagenya agak rendah disamping mentaliti yang terkebelakang. Klu dilihat aktiviti mat rempit di sana boleh tahan juga rancaknya berbanding dgn skala negeri itu yang kecil. Tetapi aku pun tidak salahkan mereka, sebab kalau aku berada di komuniti yang sama bersama mereka, entah2 aku pun lebih teruk lagi. Orang kata Johor adalah kubu kuat Umno tetapi pada aku bukan, Melaka lah kubu kuat Umno. Cuma Melaka ni negeri kecil, jadi mungkin kubunya kecil tapi kuat. Bagaimana terdapat juga development yang semakin meningkat apabila aku lihat akhbar2 pembangkang sudah mula ada dan agak mudah diperolehi. Selain itu anak Allahyarham Tun Ghafar juga merupakan Datuk Tamrin juga telah membuka wadah perjuangan baru bersama Pas. Keikhlasan Allahyarham Tun didalam perjuangan Melayu diteruskan legasinya oleh anak beliau sendiri Alhamdulillah. Kepada bodyguard DSAI, bersabarlah dgn karenah rakyat... Kesiankan mereka. Mereka2 itu kurang ilmu dan kurang faham. Semoga perkara ini tidak berulang sbb kejadian seperti ini sedikit sebanyak boleh menganggu kerja2 dan focus DSAI. Mungkin niat bodyguard tu baik, tetapi niat yang baik mestilah disertai dgn cara betul agar tidak menimbulkan fitnah. Salam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. encik...
      yang ramai2 berkumpul berarak menjerit jerit pkai baju kuning kt kelumpor tk lama dulu tu aku nengok lagi teruk dari tu..itu pun org2 umno jgk ke?

      Padam
  5. Oh tentang bersih. Ok bersih ni ada yang aku setuju dan tak setuju. Aku pun tak berani nak ulas sbb aku tak ada disana. Sebab satu pihak menyatakan peserta yang memulakan keganasan dan sebelah pihak yang lain pulak menyatakan terdapat unsur2 provokasi oleh group2 tertentu dgn niat untuk menimbulkan keadaan huru hara. Aku tak nak komen something yang aku tak sure. Mungkin peserta bersih betul dan mungkin juga pihak bekuasa betul. Allah yang lebih tahu dan aku cuma berdoa padaNya semoga pihak yang benar akan dipelihara Allah dan beroleh kemenangan, yang salah mendapat petunjuk dan pengajaran. Salam...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online