BREAKING NEWS

Tender Terbuka bina TOKONG Guan Eng di Penang..

Georgetown : Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pulau Pinang (MPPP) hari ini mengeluarkan satu tender terbuka untuk membina Tokong Dewa Lim Guan Eng.

Sebagai sebuah kerajaan yang cekap, akauntabiliti dan telus.Tender terbuka ini boleh disertai oleh mana mana syarikat yang berkelayakan.

Menurut jurucakap MPPP, projek ini adalah salah satu langkah untuk memberi peluang kepada rakyat negeri Pulau Pinang terutamanya penyokong pakatan agar dapat beribadat lebih selesa.

Dalam sidang akhbar semalam, jurucakap MPPP berkata tokong ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri yang sebelum ini mengeluarkan tender membina tugu peringatan Ketua Menteri dikesemua pintu masuk negeri Pulau Pinang.

Sebelum itu,YB Dany Exco Pelancongan Negeri Pulau Pinang berkata pembinaan tugu dan tokong pemimpin hebat ini akan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong dan dapat menjana ekonomi penduduk setempat.

Malah menurutnya lagi peluang pekerjaan dapat dijana melalui projek ini.

"Ini adalah salah satu cara kita memberi penghormatan kepada pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Pulau Pinang, langkah Dr Mansor mengistiharkan secara rasmi Dewa Lim Guan Eng sebagai tokong rakyat Pulau Pinang adalah salah satu pengertian dan pendekatan yang holistik dan pengaruh kerohanian yang amat kuat kepada dewa ini" menurut jurucakap parti pemerintah DAP Pulau Pinang.

Manakala pihak Tourism Penang menyambut baik projek ini dan turut akan menyenaraikan didalam kalender pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negeri.

Baca seterusnya DISINI..


p/s: Dengar kata rakaman Mansor maki Ah Beng akan dikeluarkan tak lama lagi.. Tungguuuuu.... Hahahahaha...

2 ulasan :

  1. habis le...nanti sesapa nak masuk Penang si Ah Beng suruh orang sembah patung Dewa Guan Eng gamak nye...

    BalasPadam
  2. Gerakan punya jasa DAP dapat nama. baru 3 thn jadi KM, Guan Eng yang dapat puji ..gilo ka?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online