Anwar didalam sebuah rancangan bual bicara, mengaku akan bersara jika tewas ditangan Najib Razak didalam PRU yang akan datang.. Persoalannya disini, perlukah Anwar tunggu hingga PRU13? Kenapa tak bersara sekarang?
Kalau nak diikutkan, sekarang pun sudah terlalu lewat untuk Anwar bersara.. Sepatutnya Anwar bersara dari dunia politik selepas videonya bersama pelacur tersebar ke seluruh negara..
Jika benar Anwar tak bersalah, mengapa tiada laporan Polis dari Anwar dibuat keatas Eskay dan Trio Datuk T yang mendedahkan video tersebut?
Mengapa sampai ke hari ini Anwar tak menyaman mereka jika benar video tersebut palsu dan juga direkacipta bagi menjatuhkan imej "alim" Anwar?
Dimanakah integriti Anwar sebagai seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri jika isu video bersama pelacurnya sehingga kini masih belum diselesaikan? Layakkah Anwar mengaku pemimpin yang lebih baik dari Tun Mahathir, Tun Abdullah dan juga Najib?
Harus diingat.., tak pernah ada seorang pun Perdana Menteri Malaysia yang terlibat melakukan seks luar nikah bersama pelacur dan juga didakwa melakukan liwat sesama jenis seperti Anwar..
Dan tidak pernah ada seorang pun Perdana Menteri Malaysia yang pernah menjadi banduan diatas salah laku penyelewengan kuasa..
Jika dahulu Tun Mahathir digelar MahaZalim oleh gerombolan pembangkang.., kini Anwar layak digelar MahaJijik kerana perbuatannya menceroboh depan belakang secara haram..
Jadi, dengan semua perbuatan sumbang Anwar, Tuhan pasti tak akan redha untuk dia memimpin negara Islam seperti Malaysia..
Tuhan bukannya buta.., Tuhan itu maha kaya dan amat mengetahui.. Orang seperti Anwar pasti tak akan diizinkan Tuhan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara..
Masakan seorang yang penuh dengan kepura-puraan layak dijadikan khalifah kepada umat Islam di negara ini? Lu fikirlah sendiri beb...
Oleh itu.., masa yang terbaik untuk Anwar berambus dari dunia politik Malaysia adalah sekarang!! Bukannya ketika Pakatan kalah besar di PRU13 nanti..
Kalau Anwar berharap untuk menumbangkan Barisan Nasional di pilihanraya umum tersebut.., lupakan lah saja kerana yang akan kalah teruk adalah Pakatan.. Tak percaya? Tunggu dan lihat saja nanti..
solat lima waktu jgn tggl.wajib tu.
BalasPadam