BREAKING NEWS

Nur Manuty kata UMNO parti Setan...

“Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Muhammad turut memetik ayat al-Qur’an Surah Fathir, ayat 6 yang menyatakan syaitan adalah musuh yang sangat jelas kepada umat manusia.

Ayat berkenaan katanya, bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.”

Dalam pada itu, beliau berkata Mahathir sepatutnya berhati-hati dalam membuat kenyataan apabila menyatakan “Malaikat bukan golongan suci kerana turut membuat kesalahan” .

Jelas Muhammad, kenyataan tanpa bersandarkan kepada ilmu itu boleh mengelirukan umat Islam.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul berpendapat Kenyataan Dr Mahathir menjelaskan sikap jahat pimpinan BN yang terlibat dalam amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Ini kerana katanya, pemimpin yang mengamal rasuah memiliki sifat syaitan, justeru rakyat harus menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Pertama, kita ucap ‘terima kasih’ atas pengakuan ikhlas Tun itu kerana akhirnya beliau mengakui jua dan menyamakan Umno BN dengan ‘syaitan’.

“Syaitan ini kita semua maklum sebagai makhluk jahat, zalim, penindas dan gemar merosak keharmonian manusia.

“Maka kalau sudah begitu, rakyat wajar tolak setiap calon berlambangkan Umno BN dalam pilihan raya,” katanya.

Mengulas lanjut, Johari berkata secara tidak langsung Mahathir mengakui kebaikan Pakatan Rakyat, apabila membuat ungkapan “lebih baik mengundi syaitan yang anda kenal, berbanding malaikat yang anda tidak kenal’.

3 ulasan :

  1. OWWHHH..INILAH PANDIKUTTY YG PAKSHEIKH DOK HABAG ITU....MANUTY PANDIKUTTY...HAHAHA....MEMANG NGAM SEKALI....MANUTY PANDIKUTTY....HAHAHA....SYABAS....PAKSHEIKH AL JOOB JOOB PUKUI KELILENG....KEH KEH KEH KEH KEH

    BalasPadam
  2. Ini Pandikuittyu mana ada paham Melayu punya bedalan.. itu Tun M kasi sindir sama lu lah pandikutty, bukan macam itu Nikajis mahau kawan sama itu setan.. itu nikajis cakap lu x mahu hantam ka pandikutty..

    BalasPadam
  3. Kalau kata UMNO rasuah Tanya Anwar AlJuburi mana RM 3 billion duit yang dia sonklap & Tanya Azmin mana dia Simpan semua duit rasuah sahingga dia begitu mewah Dan meninggalkan ibu Dan keluarga sendiri....Kalau tak paham Bahasa Tun Manathir jangan nak tunjuk pandai...Doktor apa ni yg pandai2 nak komen ayat Tun. Memang Mamak penjilat AlJuburi...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online