BREAKING NEWS

Nik Aziz bagi TEH O percuma kepada 3000 rakyat Kelantan..

KOTA BHARU – Biarpun sesetengah pihak menyifatkannya sebagai isu lama, masalah bekalan air paip keruh masih membelenggu penduduk di negeri ini.

Semalam, penduduk Kampung Kedai Mulong di sini yang menghadapi masalah itu mendedahkan tentang kesengsaraan mereka yang masih gagal menikmati bekalan air bersih, sebaliknya dibekalkan dengan air merah berkarat yang rupanya tidak ubah seperti teh O.

Seorang penduduk, Wan Fazali Wan Yusoff, 44, mendakwa, masalah itu telah berlarutan sejak lima tahun lalu dan menjejaskan kehidupan harian kira-kira 3,000 penduduk kampung tersebut.

“Kami tidak tahan lagi dengan masalah ini yang sudah dilalui sejak lima tahun lalu. Air bersih diperoleh cuma seketika. Paling lama sekitar satu jam sehari, selebihnya kotor berkarat. Kadang-kadang tidak bersih langsung sepanjang hari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

1 ulasan :

  1. Silap tu MPP... bukan macam Teh O rasanya, atau nampaknya.

    Pada hemat aku itu air Tamrind (sempena nama pemimpin agung UMNO yang berpaling tadah), atau air asam jawa. Alasan aku, tengok saja wajah pemerima sumbangan tu, masam je. Aku percaya kalau ada pemberi sumbangan di sebelah pun wajahnya akan masam prit jugak.

    3 - 4 kali juga aku telan airliur sendiri, teringin nak rasa, lebih2 lagi di bulan puasa ni.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online