BREAKING NEWS

Mercun dah diHALALkan di Malaysia...


Gua rasa, kerajaan Malaysia dah menghalalkan MERCUN secara diam-diam semenjak beberapa tahun lalu.. Buktinya, sekarang ni bila tiba je musim perayaan, mercun berdentum dentam secara terbuka di kawasan perumahan mahupun di kawasan kampung..

Gua tak pernah dengar pun pihak berkuasa tangkap pemain-pemain mercun ni beb.. Kalau ada aduan pun, rasanya dorang akan buat donno je..

Alasan paling mudah ialah, "raya setahun sekali je encik.., biarlah dorang nak main.."

Gua sebenarnya tak ada hal dengan mercun ni.. Gua pun teringin jugak nak main kalau betul mercun dah diHALALkan di Malaysia..

Tapi gua rasa pihak berwajib kena buat pemantauan jugak sebab setakat hari ni, mercun masih lagi diharamkan penjualan/dimainkan di dalam negara..

Apa yang gua tahu, pembakaran mercun termaktub dalam Akta Bahan Letupan pindaan 1991 dan diklasifikasikan sebagai bahan letupan kecil.

Dan cuba korang baca berita dibawah ni.. Jika mercun digabungkan dengan seorang jiran yang BUTA PERUT, maka akan terhasilkan ketidakadilan didalam perlaksanaan undang-undang.

Ini merupakan salah satu lagi bahaya mercun yang tersirat beb..

Mercun boleh menyakitkan hati masyarakat sekitar jika jatuh ketangan manusia-manusia bodoh yang tak mempunyai kemampuan untuk berfikir.. Hmmmm...


Akibat terganggu dengan bunyi mercun, seorang penjawat awam telah mengugut jirannya dengan senapang paintball di Kampung Raja di sini tengah hari semalam.

Penjawat awam berumur 44 itu bagaimanapun ditahan pada jam 11.25 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata penjawat itu merasa marah kerana jirannya yang berumur 35 tahun bermain mercun sehingga menggangu anak kecilnya yang sedang tidur.

"Suspek telah bertindak pergi ke rumah mangsa yang juga tinggal di kawasan itu sekitar 12.30 tengah hari semalam sebelum mengugut dan cuba melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang paintball," katanya kepada Bernama.

Jirannya yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu lalu bertindak membuat laporan polis.

"Hasil penahanan suspek tersebut, polis turut bertindak merampas senjata paintball kepunyaan penjawat awam itu di rumahnya," katanya.

Kamaruddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan suspek kini ditahan atas kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah serta tidak memiliki lesen untuk menyimpan senapang permainan itu.

Beliau berkata lesen adalah diperlukan bagi memiliki senapang paintball sama seperti lesen senjata api yang lain. - Bernama

2 ulasan :

  1. Ini menunjukkan PDRM bekerja dengan sangat dedikasi dan menghormati undang-undang

    BalasPadam
  2. oklah mercun halal dari LGBT nak dihalalkan poknik dgn nuar berahi..tu lagi sial

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online