BREAKING NEWS

Jangan fitnah saya.., Saya cuma nak cari syurgaa... - Abby Abadi

Sempena hari raya yang bakal menjelma tak berapa lama lagi.., Abby dengan rendah hati menyeru kepada semua penyokong kerajaan supaya hentikan fitnah kepada dirinya..

Katanya.., dia bukan sengaja masuk Pas untuk berceramah hentam kerajaan.. Dia hanya masuk Pas untuk cari syurga dan menyebarkan dakwah..

Dan Abby juga menerangkan.., dia bertudung kerana Tuhan.., bukannya kerana nak mengorat ustaz-ustaz dalam Pas.. Percayalahhh....

Ustaz Pas bukannya "kuat" sangat punn... Setakat kuat dengan ubat dalam Harakah tu buat apa beb.. Abby cari kekuatan yang original..

Lagipun.., Abby tak rela dimadu.. Kalau nak madu, dah lama Abby terima Memey sebagai isteri kedua Norman Hakim..

So..., bagi sesapa yang rasa kesian kepada Abby.., bolehlah stop fitnah beliau yee..

Kesiann Abby difitnah begitu rupa hanya kerana nak cari syurga... Hahahahaha....


Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Hal itu diakui sendiri oleh bekas ahli kumpulan Elite itu ketika menjadi ahli panel dalam program Forum Perdana di Kompleks Muhibbah, Taman Boltan di sini, malam semalam.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya di hadapan 200 orang tetamu yang hadir pada majlis agama itu.

Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.

Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.

6 ulasan :

  1. hahaha ni pmpn yg kecewa. perasan diri tu dah baek tp agama pun tunggang langgang. ikut PAS camni la jadinye. mmpergunakan ISLAM demi kuasa. berhijab untuk mnjadi lebih baek bkn sbb rasa diri tu dah baek pastu otomatik jd ustazah. ikut PAS sesat ikut ISLAM selamat dunia akhirat ! jauhi Parti Ajaran Syiah !

    BalasPadam
  2. SIAN TAU JANGANLA DOK HANTAM USTAZAH ABBY. DIA ULAMA NANTI DIA SUMPAH HANGPA JADI BATU

    HENTIKAN TAK RELA YOU

    BalasPadam
  3. Kilang Arak do Selangor,
    Orang PAS buat dono!

    BalasPadam
  4. ....abby abby.....perangai tak berubah...nak cari duit sebenornya dia nie...kite tgk je le kesudahannya nanti...

    BalasPadam
  5. Kalau nak cari syurga bukan dengan masuk parti politik sempit dan buat fitnah. Pakai pakaian yang menutup aurat dan pergi lah berjumpa guru agama untuk mendalami ilmu Allah. Jangan cemuh ummo untuk meraih popularity Dari Pas....,

    BalasPadam
  6. memang pandai buat lawak
    nk masuk syurga kena wajib masuk PAS??
    bukan belajar ilmu agama ke nk masuk syurga??

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online