Apa taknya beb.., Jika benar khabar angin yang gua terima, Ustaz Nasa akan bersama-sama dengan Umno bagi menentang Pas yang semakin terpesong akidah perjuangan disebabkan DAP dan Anwar..
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.
Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.
Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’ Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli Pas.
Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini, adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO sepertimana kumpulan 40 ulamak muda dulu...
Apapun.., sama-sama kita tunggu apa yang bakal berlaku nanti....
Catat Ulasan