BREAKING NEWS

Akhirnyaa... Bekas Pakwe BELASAH Ostazah Abby...

Mantan teman lelaki Abby Abadi, Zul Ariffin, memberitahu dia sebenarnya tidak terkejut dengan tindakan Abby yang sangat lantang melontarkan pandangan.

Jelas Zul, Abby yang dikenalinya memang seorang yang berani menyuarakan pendapat jika percaya dengan sesuatu isu.

“Sebenarnya saya tidak berapa tahu tentang penglibatan Abby dalam parti politik ini. Terdengar orang bercerita sahaja. Tapi saya tahu dia sudah memakai tudung sebab dia banyak memuat naik gambarnya di laman sosial Facebook dan Twitter.

Kalau mahu saya komen tentang kelantangannya menyuarakan pendapat, saya rasa itu bukan satu perkara yang memeranjatkan.

Abby memang begitu. Dia berani suarakan pendapat. Cuma saya tidak sangka pula dia ingin membabitkan diri dalam bidang politik.

Ketika kami berkawan dulu, dia tidak pernah pula sebut tentang itu,” ujar Zul yang ditemui ketika majlis berbuka anjuran Astro Shaw dan Tayangan Unggul pada Selasa.

Dalam masa yang sama, jejaka berusia 26 tahun ini juga menyatakan dia percaya Abby tahu yang terbaik untuk dirinya. Namun, kurang bersetuju dengan pandangan Abby tentang masa depan industri hiburan di bawah pentadbiran pucuk pimpinan sekarang ini.

“Susah juga hendak komen tentang perkara ini. Masing-masing pasti punya pendapat sendiri. Namun, saya kurang bersetuju apabila Abby kata artis bertudung seperti dia pasti susah hendak mendapat tawaran berlakon andai pucuk pimpinan sekarang masih menerajui pentadbiran negara.

Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Mereka ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung.

Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain. Mungkin lebih baik jika Abby tidak mencampurkan urusan politik dengan industri hiburan,” ujar Zul lagi.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online