BREAKING NEWS

Tun Mahathir pun ada kaitan dengan Skandal Altantuya?

Makin merepek nampaknya bapak kepada Altantuya nih..

Bila dia dan puak-puak Pakatan tak mampu nak kenakan Najib dalam kes kematian Altantuya, sekarang ni dorang berkomplot nak heret Tun M pulak..

Dah terang-terang tak ada bukti kaitkkan Najib dengan pompuan Mongolia tu, apa lagi yang dorang nak bising?

Kalau ada bukti.., tunjukkan je lahh.. Apa yang nak meroyan sampai kaitkan dengan Tun M pulak? Mangkuk hayun betul!!

Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya.

“Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini,” kata Setev dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.

Ia merupakan keterangan Setev di Mahkamah Perancis pada Jun lalu. Setev berkata, beliau sanggup menunjukkan bukti bahawa anaknya, Altantuya ke Perancis menggunakan pasport dengan nama Aminah Abdullah.

“Ingin sekali saya ulangi bahawa anak perempuan saya, pergi ke Perancis dan beberapa negara menggunakan pasport Aminah Abdullah.

“Kami ada bukti bahawa dia (Altantuya) ke Perancis dan akan tunjukkan bukti itu jika perlu. Walaupun laporan Imigresen Perancis melaporkan tiada rekod Altantuya ke Perancis antara 1999 hingga 2007,” jelas Setev.

Kata Setev, bagi meneruskan pembongkaran misteri kematian anaknya itu, sekumpulan penyiasat daripada Mongolia akan datang ke Malaysia pada Ogos ini.

“Saya harap dapat pengadilan dan atas dasar hubungan dua negara, harap kerajaan Malaysia boleh memberikan bantuan secara ikhlas kepada kumpulan dari Mongolia itu,” katanya.

4 ulasan :

  1. apasal la org tua nie tak petik nama Pak Lah sekali..??

    BalasPadam
  2. Watak Tun Mahathir pun ada gak.. Adoiyoi.. Lepas nih Tun Abdullah pulak... Mmg puak2 nih dah xda modal..
    Gila apa..

    ZoRRo...

    BalasPadam
  3. Kentut senyap, lagi berbau bro....

    BalasPadam
  4. Keturunan Genghiz Khan aka Temujin. Bangsa paling kejam di dunia. Adik beradik sendiri pun depa sanggup bunuh sebab kuasa dan kedudukan. Apalah sangat guna kematian anak sendiri untuk sesuatu keuntungan yang mungkin dijanjikan oleh pihak-pihak tertentu. Sejarah kejatuhan bangsa dan negara dulu kala banyak mengajar kita dan selalunya serangan pihak asing akan dilakukan dengan pelbagai cara dengan bantuan pengkhianat agama, bangsa dan negara jelas di belakangnya. Ada tak muka pengkhianat tersebut dalam gambar tu?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online