BREAKING NEWS

Sorang lagi pelakon sain kontrak syorga dengan Pas..

Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.

"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.

Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa. - SH


p/s: Sapa dia Adam Hamid ni beb? Gua tak pernah dengar pun nama dia sebagai pelakon sebelum ni.. Pelakon iklan part time gamaknya kot...? Hahahahaha....

10 ulasan :

  1. derma dari lagi lumayan dari jadi artis..

    BalasPadam
  2. Lu tak pernah dengar?
    Gua pun!

    BalasPadam
  3. ntah le..si adam hamid nie cuma model iklan ubat cuci tandas je kut...

    BalasPadam
  4. ADMIN ni baru keluar dari hutan mana sampai Adam Hamid pun x kenal..??

    Kalau baru keluar utan tu, nih aku nak cite skit.. Adam ni Pelakon, Pengarah, Penerbit TV, Penulis... dulu2 dia pelakon. Memang la x banyak dia belakon sbb lebih kepada kerja2 blakang tabir jer. Byk drama yg best2, dia jadik pengarahnyer..

    Lain kali, search dulu info kalo tak tau. Jangan tanya macam orang buta IT jer x reti2 nak search..

    Kah Kah Kah Kah..!!!

    BalasPadam
  5. tanpa nama 11.37pg oii usahkan admin, aku pun tak kenal dia ni...ko sendiri pun kata kan x banyak dia berlakon lebih kepada kerja belakang tabir..so sbb tu la dia ni tak dikenali

    BalasPadam
  6. Saya kenal Adam ni..dia dulu berlakon.skrg dah jarang tp dia aktif belakang tabir sbg pengarah dn penerbit..Oya pesan saya pd penyokong Umno atau Pas lain kali klau nk berblogging ayat biarlah cantik..ulasan jgnlah kerap menyindir dn memandang rendah org lain.sya msih memerhati lagak2 anda..ulasan itu mewakili pemikiran yg mewakili parti anda..

    BalasPadam
  7. Mudah je...Dengar sini semua!! Yang masuk PAS tu kalau kueh lerr...umpama yang dah nak basi.

    Kalau bukan nak basi..jenis kueh tak sedap jadi tak berapa laku. Kalau manusia pulak, jenis yang kurang membaca..atau jenis ikut-ikutan nak try benda baru..macam biasa le.. suka ubah-ubah selera!! atau...

    Atau jenis yang emosinya macam gunung berapi..kepala angin tak makan nasihat..atau yang pernah minta sesuatu dengan gomen tapi tak dapat...apa kata orang tu? Desperados? ke apa? lebih kurang gitulah..Wallahuaklam.

    BalasPadam
  8. bukan x kenal..buat2 x kenal sebab bengang si adam tu masuk pas...

    cuba si adam tu masuk umno...mesti dia kenal walau adam tu pakai topeng sebab admin ni kan penjilat umno

    BalasPadam
  9. klu tak salah dia berlakon jadi lelaki lembut cerita apa tah..tak bahaya ke klu dpt tau kat bg nuar

    BalasPadam
  10. salah ke org nak masuk parti yg cuba memperjuangkan Islam?walaupun mgkin tak sepenuhnya,tapi dah ade pada trek yg betul..takkan korang takleh beza ciri-ciri orang yang rapat dgn Allah dengan orang yang rapat dengan setan laknatullah?Iman pada seseorang tu memang tak tertulis kat dahi,tapi boleh diketahui dari perilaku dan akhlak diri..akhir zaman memang ramai yang kata dia islam sejati,yang cinta Nabi, tapi ada tak korang ikut sunnah Nabi,ajaran Nabi?perkara agama ni bukan matematik, 5-1=4 tau..tapi 5-1=0..kalau ngkorang bangkit di hari kiamat nanti la, agak-agak korang nak dok dalam kelompok mana?Bagaimana seseorang pemimpin nak pimpin satu negara,sedangkan keluarga sendiri tak terjaga?rambut dedah sini dedah sana,salam sini,salam sana..setiap patah perkataan yang ADMIN tulis dalam blog ni,mencerminkan ceteknya pemikiran..orang yang tinggi pelajarannya akan mengetahui kat mana salah silapnya,tahu selok-belok dunia,buka mata seluas-luasnya,fikir sedalam-dalamnya sebelum berkata-kata dan memilih yang mana,fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online