BREAKING NEWS

Sadisnya tahap pemikiran Mahfuz Bean...

Gua yakin, semua orang dah sedia maklum tahap intelektual dan pemikiran Mahfuz Omar..

Selama ni, mana ada Mahfuz bercakap mengenai perkara-perkara yang menguntungkan rakyat..

Malah, kalau kita tengok balik sejarah, banyak kenyataan Mahfuz akan backfired balik parti yang beliau anuti..

Itulah Mahfuz.., kalau bab maki hamun dan komplen, memang wakil rakyat Pokok Sena ni juara.. Tapi kalau suruh dia jaga kawasan Parlimen dia sendiri, memang hampeh beb..

Tak percaya? Korang boleh pergi tanya sendiri masyarakat di Pokok Sena nu... Memang tak cukup buku 555 kalau nak catit rasa tak puas hati masyarakat di situ..

Baru-baru ni, gua terbaca mengenai rungutan Mahfuz pasal pertukaran 4 Pengarah Koperasi negeri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob..

Mahfuz pertikai kenapa 4 pengarah terbabit kena tukar dan Mahfuz cuba kaitkan pertukaran tersebut dengan Himpunan Hari Koperasi Negara yang beliau dakwa gagal..

Adoii laa..., gua rasa Mahfuz kena belajar berhenti menunjukkan kebodohan beliau kepada umum.. Tapi kalau dah pendidikan bertaraf SRP je, apa yang kita boleh harapkan dari Mahfuz ye tak?

Gua dimaklumkan, 4 orang pengarah koperasi negeri terbabit ditukar kerana tak perform.. Dan pertukaran tu jugak dibuat kerana penyusunan semula bagi memastikan Koperasi Negeri lebih efisyen..

Biasalah beb.., kalau gua jadi bos di satu agensi atau syarikat.., gua pun tak mau ada staff yang buat kerja 'main-main' dan tak memenuhi KPI..

Takkan itu pun Mahfuz tak boleh nak faham? Opss lupa.., Mahfuz mana tau pasal semua tu kann..

Berbalik pada 4 orang pengarah tadi.., gua difahamkan banyak aduan tak puas hati dari ahli koperasi tentang dorang tu terutamanya berkenaan sambutan Hari Koperasi Negara..

Beb.., cuba bayangkan kalau bab pengangkutan untuk ahli setiap negeri ke himpunan tersebut pun pengarah tak boleh nak handle.., itu bukan tak perform ke namanya?

Gaji tiap-tiap bulan dorang sapu, lepas tu buat kerja main lepas tangan je.. Ishh.., gua pun hangin kalau macam tu punya perangai beb..

Nasib baik Ismail Sabri tukar je 4 orang pengarah tersebut.., kalau gua.., confirm dorang tu kena buang kerja terus..

Lagi satu.., Mahfuz kata himpunan Hari Koperasi Negara tak berjaya.., habis yang 78 ribu ahli koperasi seluruh negara datang di Stadium Bukit Jalil tu apa? 78 ribu tauuu.., bukannya 78 orang..

Soo..., korang nampak tak betapa bebalnya Mahfuz dalam hal ni.. Dia ingat Menteri boleh suka-suka je tukar staff Jabatan tanpa sebarang sebab?

Patut la ramai orang gelarkan beliau sebagai Mahfuz Bean.. Gua rasa.., Mr Bean pun surrender kalau face to face dengan perangai tiga suku Mahfuz...

1 ulasan :

  1. Aku bersyukur ada orang macam Mahfus Omar dalam Pas. Aku lagi suka bila Mahfus jadi naib presiden Pas. Dia sendiri yang merosakkankan Pas dengan kenyataan-kenyataan bodohnya.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online