BREAKING NEWS

Opsss... Mana ada liwat... Anwar kan pemimpin paling suci...


Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.


p/s; Ishhhh..., tak baik ooo fitnah pemimpin suci yang paling agung dalam Pakatan tu beb.. Takkan lah Anwar sanggup meliwat.., dia kan sakit pinggang... Hahahahaha....

1 ulasan :

  1. Ishhhh..., tak baik ooo fitnah pemimpin suci yang paling agung dalam Pakatan tu beb.. Takkan lah Anwar sanggup meliwat..
    --------------------------------------

    memang le...bang non tu kan manusia anugerah tuhan...diangkat sebagai imam mahadi dlm pakatan

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online