BREAKING NEWS

Naib Presiden PKR kena ugut simbah ASID...

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membuat laporan polis berhubung ugutan kiriman pesanan ringkas (sms) yang diterimanya, disyaki dihantar individu berkait rapat dengan MIC.

Laporan itu dibuat kira-kira jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Travers, dekat sini dan diiringi Ketua Cabang Puchong, S Murali dan Setiausaha Cabang, S Gobi Krishnan yang turut diugut.

Menurut beliau, ugutan tersebut diterima pada jam 10.00 pagi tadi dari nombor 012 9410308 dan menyatakan: “deai suni jangan cabar MIC, deai punde lu buat lu punya kerja. Kalau lu kutuk MIC lagi, muka U simbah asid ok deai suni”.

Surendran berkata, beliau memandang serius ugutan yang jelas didalangi MIC itu.

Katanya, ini kerana MIC dan BN mampu berbuat demikian dan memiliki rekod melakukan ancaman keganasan kepada pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat.

“Sms ini sendiri adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 506 dan 507 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah yang boleh dihukum penjara 9 tahun,” katanya pada sidang media selepas itu.

Ugutan itu dipercayai reaksi kepada kenyataan Surendran semalam yang menolak cadangan debat dengan MIC yang disifatkan sebagai sia-sia kerana parti itu tidak berkuasa dan tidak mampu membawa perubahan kepada komuniti India.

Kenyataan itu disiarkan Keadilan Daily dan laman berita lain serta menjadi tajuk utama akhbar bahasa Tamil, Malaysia Namban dan Makkal Osal hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir menyifatkan kerajaan dan pihak berkuasa seolah-olah merestui ancaman yang dituju kepada Pakatan Rakyat.

“Sehingga kini, kerajaan hanya berdiam diri dan tidak mengutuk samseng yang mengancam pemimpin Pakatan. Polis juga tidak pernah buat tangkapan walaupun laporan dibuat,” katanya.

1 ulasan :

  1. APA UGUT UGUT NIII!!! SIMBAH AJERRR MUKA MUSIBAT NI!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online