BREAKING NEWS

Mat Sabu nak buat Himpunan Raksasa di Selangor..


"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat turun ke jalan raya," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kalau kerajaan Umno BN terus memihak kepada kepentingan kroni mereka, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tidak ada yang boleh menghalang perkara itu berlaku.

"Sekarang, perkara itu tidak berlaku kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) yang mentadbir Selangor berjaya menghalang kerakusan Syabas hendak menaikan tarif air di negeri itu dan di Wilayah Persekutuan," katanya.

Mohamad juga menyokong rancangan kerajaan Selangor hendak mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syabas.

"Belum buat referendum lagi, cadangan itu sudah mendapat sokongan banyak pihak.

"Kalau Umno BN terus menguasai kerajaan Persekutuan dan tidak setuju dengan referendum itu, ia bermakna mereka menjemput dan memaksa rakyat turun ke jalan raya dan terus berdemonstrasi sehingga mereka tidak lagi ditindas dalam isu air itu.

"Sama ada rakyat akan turun ke jalan raya atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Umno BN - sama ada menyebelahi rakyat atau menyebelahi Syabas," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno BN itu tidak bertanggungjawab kerana sanggup menganiaya rakyat lebih-lebih lagi melibatkan air yang menjadi salah satu keperluan asasi mereka yang utama.

Kerajaan seperti itu, kata Mohamad, amat zalim dan mesti dihukum habis-habisan dalam pilihan raya umum akan datang.

9 ulasan :

  1. mat sabu ni sama dengan mat bengap, isu air ni sebab tak cukup air bukan masaalah bayaran bill air, tariff tu bill air naik,jadi bila bill air naik PR lagi tak dapat nak bagi air free, apa bodoh sangat ni Sabu ooiii, hang pi minum ayaq longkang lah kalau ni pun tak tau..

    BalasPadam
  2. Kelemahan kerajaan negeri sendiri disembunyikan, kerajaan pusat juga bersalah. Nampaknya mereka sangat suka tunjuk perassan, silakan lah tunjuk, biar rakyat semakin menyampah dengan mereka. Buat jangan tak buat.. rakyat melihat PR hanya tahu membuat demo tapi tak reti nak mentadbir..

    BalasPadam
  3. tanpa nama 12:10,

    awat hang lg bengap dan bebal...

    isu air xcukup sebab Syabas yg saja simpan stok air sebab kerajaan PR Selangor x bg naik bil air...

    Rozali bebal, gaji stgh juta sebulan, tp isu air senang pun xdpt nak settle..

    jadah nya nak bayar bil air mahal2...mcm rkyt johor yg masih diperbodohkan oleh UMNO...

    check fakta dulu, jgn berhujah smpai nampak bebal...

    BalasPadam
  4. Tanpa nama12.38..

    Buat apa syabas nak simpan air..hang ingat air ni mcm tepung dgn gula..bole simpan stok byk2..bg harga naik pahtu jual..

    Kang aku kata hang tak betul..hang marah..fakta senang air mengalir..hang bole pi tgk dkat kawasan rawat air..bole ke sembunyikan

    BalasPadam
  5. Kenapa Mat Sabu tak buat demo kat Kelantan yang juga menghadapi masalah air.....?

    BalasPadam
  6. tanpa nama 12.38

    Fakta apa? Meh sini tengok..ko yang bengap

    BalasPadam
  7. dok kesah apa woi dikedah SADA dimiliki 100% kerajaan turut menaikan tariff air so mat sabu mai kita demo si kedah dulu lps tu kita p selangoe pulak.

    BalasPadam
  8. hbaq kat mat sabu mai demo di kedah ni tlong org kedah yg susah2.SADA short name Syarikat Air Darulaman yg 100%pegangan kerajaan negeri kedah yg di pimpin pas turut menaikkan tariff air..lani minimumcaj rm6 masa BN perintah dulu minimum caj kediaman baru rm3 kualiti air lagi baik dari hari ni

    BalasPadam
  9. air punya isu pon nak dipolitikkan...ni keperluan rakyat...cuba la selesaikan elok2...ni tak, sume isu nk dipolitikkan...mmg jeng ar politik ni...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online