BREAKING NEWS

Anwar kata Najib HIPOKRIT bagi bonus raya...

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan BN bersikap hipokrit apabila hanya turun padang untuk mengagihkan bantuan kepada rakyat menjelang pilihan raya.

Katanya, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat yang menyediakan pelbagai program kebajikan sepanjang empat tahun ia mentadbir empat negeri, khususnya di Pulau Pinang.

Kata Anwar, program tersebut meliputi segenap usia seperti warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan bantuan kepada pelajar serta mahasiswa.

“Selama lebih 50 tahun Umno-BN memerintah, kenapa mereka tidak laksanakan mana-mana satu program sedemikian. Sedangkan mereka mempunyai wang yang banyak sekiranya ikhlas membantu rakyat yang memerlukan.

“Bukan hanya menjelang pilihan raya baru turun padang melaungkan bantuan. Ini kerajaan hipokrit yang cuma ambil kesempatan bila hampir pilihan raya,” kata Anwar.

Menjelang pilihan raya umum ke 13, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat akan mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan program pembangunan kepada rakyat.

“Kerajaan PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan mampu untuk memberi kelainan kepada rakyat jika dibandingkan tempoh pemerintahan kita yang singkat dengan kepimpinan yang begitu lama oleh Umno-BN, ” tambahnya lagi.

Justeru katanya, Umno-BN jangan bermimpi untuk menawan semula negeri-negeri Pakatan didalam PRU ke-13 meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk merampas negeri-negeri tersebut.

7 ulasan :

  1. Adakah rakyat buta tak dapat mengesan apa yang berlaku di negeri oimpinan PR, semuanya yelek pocik macam ketua parlimennya juga. Mungkin tambah satu lagi, banyak pimpinan Pr yang sapu keliling, depan belakang semua tarok..Pembohong sudah tidak laku lagiii...

    BalasPadam
  2. Anwar dah bagi bonus dekat Saiful..

    zoRRo...

    BalasPadam
  3. HIPOKRIT LAGI MEMALUKAN DAH KEDAPATAN BERLAKON DALAM VIDEO CHINADOLL TAPI TAK NAK MENGAKU..MALU WEH..TAK BERANI BERTINDAK PULAK TU KAT ESKAY..

    BalasPadam
  4. Hati membeku mengingatkan kata JANJI MANISMU wowo..

    BalasPadam
  5. persoalan nyer kenapa semasa dalam kerajaan ., dia pegang jawatan kedua tertinggi pun ., dia x buat perkara yg dia cakap tuuu.

    BalasPadam
  6. aku suka najib hipokrit.. sbb aku dpt duit najib bagi menjelang pilihanraya.. kalau jd org ganu lg best nak pilihanraya ke dpt at least RM50 sorg utk undi BN.. amek je duit org da kasi free ^_^

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online