Persembahan Siti Nurhaliza di Kelantan baru-baru ini adalah haram jika mengikut undang-undang negeri Kelantan.
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.
Kenyataan tegas itu disuarakan berikutan kehadiran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.
“Bagi kes tersebut kita memberi amaran, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini, hari ini.
Takiyuddin mengingatkan penganjur atau individu termasuk ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.
“Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya.
Beliau berkata, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Baru-baru ini majlis sambutan hari guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.
Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Husin Awang ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kenyataan exco isu tersebut.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kesian, artis yang masuk PAS!!..kesian
BalasPadamKetahuilah..Pas tiada kena mengena dengan Islam..PAS hanya menggunakan nama Islam untuk dapat sokongan dan undi orang Islam tetapi beberapa ajarannya bercanggah dengan ajaran Islam.
Jika anda ingin cari kebenaran carilah dengan ilmu pengetahuan yang mendalam. Tapi jika anda sebenarnya ada agenda politik silakan masuk PAS..semoga berjaya.
tudung bkn politik
BalasPadamislam pn bkn politik
hudud juga bkn politik
kehidupan islam lg lah bkn politik
benda2 nie dipolitikan untuk menangih kepentingan sendiri....
sepatutnye benda nie patut dilaksanakan ke atas negeri yg diperintah untuk menjadi contoh dan tauladan bg negeri lain.tetapi ia menjadi kata2 kosong.ni tak negeri serambi tue lah yg jd masalah.dgn kes yg mcm dan org nye pn mcm2.
baik dlm negeri dan juga yg merantau.kenapa rakyat KELANTAN seumpama itu.bkn nk menghina tp dah reality......da mcm org batak pn ada mentality dunia ke3.
tau lak ada undang2, tau lak nak suruh org lain hormat undang2 negeri.. yg geng2 diorg dok buat perhimpunan haram tu camne lak? negara kita ada undang2 gak...
BalasPadamkejam ke melawan nafsu? kalau nak panggil siti menyanyi takleh terbuka utk lelaki. ladies only. datuk K pon berterima kasih sbb x dpt dosa.
BalasPadam