Perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung dakwaan memfitnah berkaitan isu Bukit Kepong dan komunis akan diteruskan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya.
Kes itu telah ditetapkan untuk sebutan esok tertakluk kepada keputusan hari ini.
Beliau didakwa berhubung kenyataannya mengiktiraf pengganas komunis terutama Ahmad Indera atau Mat Indera sebagai hero sebenar dan pejuang kemerdekaan negara dalam tragedi Bukit Kepong.
Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Azhar Ma'ah memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal pendakwa raya.
Kuorum itu berpuas hati bahawa perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap permohonannya bukan satu keputusan muktamad yang membolehkannya merayu di peringkat ini.
Dengan keputusan itu, Mohamad gagal dalam usahanya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya agar pertuduhan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, dibatalkan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim mewakili pihak pendakwaan.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Orang kurang membaca bercakap pasal komunis ikut nafsu dia saja.
BalasPadamMat Sabun tau ke fahaman Marxist-Lenin? Dia tahu ke komunis menolak ugama?
Sedangkan Indonesia yang Parti Komunis nya malah antara yang terbesar dan teratur di masanya di tolak oleh orang Indonesia.
Orang Indonesia dan Tentera membunuh penyokong2 komunis menjadi pembunuhan besar besaran yang melebihi pembunuhan Yahudi oleh Hitler.
Tak belajar dari sejarah ke?