Bekas penulis lirik yang kini telah bertukar karier kepada ostad Pas, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman menyifatkan, lirik lagu tema sambutan kemerdekaan ‘Janji Ditepati’ adalah satu penghinaan kepada kemerdekaan negara dan hanya bertujuan untuk meraih kelangsungan hayat politik Umno-BN semata-mata.
“Pada saya ia satu penghinaan besar kerana lirik tersebut hanya menggambarkan kerja-kerja politik dan bukannya melambangkan besarnya erti kemerdekaan kepada kita semua rakyat Malaysia.
“Kalau Umno betul-betul ingin menghayati erti kemerdekaan, lirik tersebut tidak sepatutnya bias,” katanya kepada TVS.
Menurutnya lagi, penulis lirik tersebut hanya ingin ‘membodek’ rakyat supaya terus menyokong BN dan bukannya menghayati erti kemerdekaan.
Lagu bertajuk ‘Janji Ditepati’, lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim dipilih menjadi lagu tema sambutan kemerdekaan negara.
Laman sosial Facebook dan Twitter kini dihangatkan dengan isu video lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 yang dilihat sebagai permainan politik pihak tertentu yang sedikit sebanyak memalukan pihak kerajaan.
Paling mencuri tumpuan, rangkap ‘Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi’ menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang menganggap rangkap berkenaan sebagai ‘menuntut’ rakyat membalas budi kerajaan selama ini.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
sememangnya lagu itu dicipta untuk rakyat Malaysia yang tiada mempunyai sebarang persaan sakit dihati yang mempunyai kurap di jiwa...lagu ini bukan untuk lokman,kerana sibiul ni sudah parah.....dan untuk menyembuhkanya sibiul tu digalakan mendengar 3 kali sehari sebelum makan.
BalasPadamApa salahnya ungkapan membalas budi tu?
BalasPadamApa salahnya jika kita membalas budi kepada negara tanahair kita sendiri?
Membalas budi kepada pemimpin-pemimpin negara yang dah berjasa?
Bob Lokman nyata terlalu berhasad dengki.
Bob lokman x faham jasa pempin sebum ni
BalasPadamSaya setuju, Bob Lokman manusia yg tak tahu kenang jasa.
Padambetul la kat bob Lokman tu,dari segi tema Hari kemerdekaan 55 mesti ada semangat juang anak malaysia,Jasa dan bakti yg di telah taburkan anak malaysia,Bakti dan sumbangan anak malaysia pada negara.Paling simple, utk kita paham,kita boleh dengar lagu "Saya anak Malaysia"oleh sam rasputeh.Ini bukan Tema beri dan ungkit.Tema Hari kemerdekaan mesti yg berlandaskan semangat patrotik.sayang kepada negara.
BalasPadamapa dah pasal lirik lagu pun mau gaduh ka, pasal lirik pun mau salak buat memekak saja, hanya pembangkang saja pandai menyalak, tapi untuk memajukan Agama, Bangsa dan Negara, apa pun tak bleh.
BalasPadamPss. tin kosong hanya memekak saja apa pun tarak.